Agenda anak muda Johor terus diperkasa, cipta banyak peluang kerja – Onn Hafiz

KLUANG – Agenda orang muda Johor diangkat sebagai fokus penting kerajaan negeri itu, kata Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Justeru, beliau berusaha membawa masuk pelabur-pelabur ke Johor untuk mencipta peluang pekerjaan kepada anak muda Johor, termasuk di Kluang.

“Antara agenda paling penting untuk kita adalah agenda orang muda Johor.

“Sebab itu kita ada zon komuniti khas, saya berunding dengan syarikat-syarikat untuk kita dapat tingkatkan ekonomi anak muda Johor.

“..saya jumpa pelabur-pelabur… untuk (cipta peluang kerja) kepada anak muda Johor termasuk anak muda di Kluang,” katanya ketika program Sembang Santai bersama belia DUN Mahkota pada Isnin.

Mengulas lanjut Onn Hafiz berkata, Kerajaan Johor sudah banyak menyelesaikan masalah setempat di Kluang.

“Dari segi infrastruktur, pendidikan bahkan kompleks belia dan sukan dan macam-macam lagi untuk anak muda.

“Masalah tekanan air rendah juga sudah selesai. Inj adalah usaha bersama kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Justeru saya merayu anak muda di DUN Mahkota untuk keluar mengundi beramai-ramai memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon kita, Syed Hussien Syed Abdullah pada 28 September ini,” ujarnya.

Onn Hafiz juga berkata, bangsa Johor harus bergerak dalam satu pasukan bagi menjadikan Johor negeri termaju sebelum 2030.

“Alhamdulillah dan kita tengok penerimaan orang muda di Mahkota terhadap calon BN, amat baik, bahkan saya tengok Syed Hussien ini juga seorang yang peramah, mesra dan pada masa sama bertenaga.

“Saya yakin kalau diberikan peluang untuk jadi wakil rakyat beliau akan berkhidmat dengan baik.

“Kita buat ‘engagement’ program sebegini sebab mahu anak muda lebih ramai yang kenal beliau, pendekatan bersemuka begini dapat rapatkan calon kita dengan anak muda. Adalah amat bijak untuk bagi peluang kepada pemimpin-pemimpin muda untuk dijadikan calon,” kata Onn Hafiz lagi.

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

PUTRAJAYA – Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berkait penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di mahkamah minggu hadapan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM