PRK Mahkota: Penerimaan masyarakat ke atas calon BN semakin positif

KLUANG – Menjelang hari ketiga kempen, penerimaan masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ke atas calon Barisan Nasional (BN), dilihat semakin positif.

Syed Hussien Syed Abdullah berkata, penerimaan penduduk amat sambutan memberangsangkan selepas mengadakan sesi turun ke lapangan di Dewan Sharifah Azizah di sini, hari ini.

Syed Hussien hadir bagi meraikan lapan pasangan pengantin pada Majlis Perkahwinan Mega anjuran Yayasan Prihatin Kluang (YPK).

“Alhamdulillah semua nampak gembira, semua nampak ceria. Inilah warga Kluang sentiasa ceria dan gembira,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press pada Majlis Perkahwinan Mega di Dewan Sharifah Azizah, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, inisiatif tersebut bagus untuk dilaksanakan bagi membantu pasangan golongan B40 mendirikan rumah tangga tatkala kos sara hidup yang kian meningkat.

Ujarnya, sekiranya diberikan mandat oleh pengundi di DUN Mahkota, program berkenaan akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, kita sentiasa ada cara untuk membantu golongan b40 untuk mendirikan rumah tangga dan insyaAllah perkara ini akan diteruskan sekiranya diberikan peluang,” katanya.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos, ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Pada Pilihan Raya Negeri lepas, Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi pada pertembungan empat penjuru antara BN, Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

Related Posts

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

KUAMUT – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada pukul 5.32 pagi, hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu,  gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

  • By Fandi
  • September 26, 2026
Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027