Sarawak memperuntukkan RM60 juta untuk infrastruktur di Pulau Bruit

SEMOP – Penduduk Pulau Bruit bakal menikmati bekalan air yang mencukupi dan berkualiti dengan pelaksanaan projek infrastruktur baharu oleh kerajaan Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan projek tersebut melibatkan pembekalan 5 Juta Liter Per Hari (MLD) air dengan kos keseluruhan dianggarkan melebihi RM60 juta.

“Projek ini dijangka siap menjelang penghujung tahun ini. Dan berharap agar majlis perasmian bekalan air tersebut dapat diadakan pada akhir tahun ini,” ujarnya ketika merasmikan Pesta Pulau Bruit di Tapak Rural Growth Centre (RGC) Semop.

Selain itu, beliau turut meluluskan pembinaan 56 blok perumahan baru di Pulau Bruit dengan kos RM4.5 juta yang akan ditanggung oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Rumah-rumah yang bakal dibangunkan akan menyerupai perumahan di Kampung Dato atau Kemuyang di Sibu, dan deposit RM10,000 akan ditanggung oleh GPS.

Projek lain yang diluluskan termasuk peruntukan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan Pusat Tani dan Medan Selera di Pulau Bruit, serta RM5.6 juta kepada Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) untuk membaik pulih rumah nelayan.

Dalam majlis tersebut, beliau juga menyempurnakan penyerahan Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak kepada tiga penerima dan penyampaian cek pampasan tanah bagi projek pemutihan tapak sedia ada SK Sebako Bruit Land District yang melibatkan tujuh lot.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Datuk Dr Juanda Jaya, Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab, Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman, ADUN Daro Syafiee Ahmad, dan Residen Bahagian Mukah Kueh Lei Poh.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman