Kesal Majlis Ulama Pas pertahan maksiat ahlinya

ALOR SETAR – Majlis Ulama Pas hari ini sanggup mempertahankan maksiat pemimpinnya semata- mata untuk mendapat kuasa.

Pengerusi Amanah Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, kepimpinan dahulu mempunyai prinsip dan dihormati sama ada kawan dan lawan.

Katanya, sebut sahaja arwah Datuk Asri Muda, Datuk Yusuf Rawa, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah pasti mereka akan dihormati.

“Ini dibandingkan dengan pemimpin sekarang yang sanggup jual agama semata-mata untuk berkuasa.

“Oleh itu tidak hairanlah mereka sanggup tebuk atap untuk berkuasa walaupun bukan secara demokrasi,” katanya.

Menurut Asmirul, beliau menghormati perwakilan dari Perlis, Mohd Saifizi Saidon yang lantang memperkatakan kesedihannya melihat pemimpin Pas hari ini sanggup bersalaman dengan wanita dan berkaraoke dengan wanita pada waktu malam.

“Mana dia Majlis Ulama Pas yang hanya pandang sepi sahaja. Malah, mempertahankan pemimpinnya melakukannya.

“Ulama Pas ini hanya berani memperkatakan sekiranya adanya unsur- unsur maksiat dalam kerajaan. Ini berbeza dengan apa yang mereka lakukan semuanya ‘suci'”, katanya.

Timbalan Ketua Amanah Pokok Sena, Juhari Hanapiah pula berkata, ahli- ahli Pas dahulu malu dengan keperibadian pemimpin atasannya.

Katanya, sebab itu ahli-ahli bawahan tidak akan melakukan sebarang tindakan yang boleh merosakkan akhlak.

“Bagaimanapun pada hari ini Sanusi tidak segan silu berkaroke bersama wanita ditengah malam.

“Malah ada pemimpin Pas hari ini tidak malu lagi untuk bersalaman dengan wanita.

“Mengapa Majlis Ulama Pas masih tidak mengambil sebarang tindakan disiplin.

“Ini berbeza berbanding dengan pemimpin Pas dahulu seperti Hashim Gera yang dilucutkan keahliannya kerana berjoget,” katanya.

Menurut Juhari, adalah tidak keterlaluan Pas hari ini sudah banyak tersimpang dari prinsip perjuangan asal penubuhannya.

“Saya bimbang sekiranya ulama mereka masih mempertahankan pemimpin Pas melakukan perkara yang boleh mengundang dosa sudah pasti ahli Pas terutamanya generasi muda akan terpesong dengan budaya yang ada pada pemimpin mereka hari ini.

“Justeru, sudah sampai masanya golongan muda menghindari dari tingkah laku pemimpin Pas hari ini yang boleh merosakkan akhlak mereka,” katanya.

Masyarakat boleh menilai kepimpinan Pas hari ini yang hanya menunggang agama semata-mata bagi mendapat kuasa walaupun mereka setiap hari berzikir sebagai perjuang Islam.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik