Malaysia di landasan yang betul

MALAYSIA sekarang berbeza banyak daripada dahulu – sebelum diambil alih Kerajaan Perpaduan. Pandangan dunia kepada negara kita amat berbeza.

Sebelum ini Malaysia banyak terpalit dengan berita negatif, umpamanya skandal mega yang mencecah angka berbilion ringgit, masalah politik tidak stabil, kontrak kerajaan berlaku dalam keadaan yang tidak telus, Parlimen digantung sewenang-wenangnya, dan berlaku penyalahgunaan dana awam.

Sekarang, keadaan seperti itu tidak lagi berlaku. Masyarakat antarabangsa, khususnya badan bebas yang mengkaji aspek ketelusan sesebuah negara melihat perkembangan ini dengan pandangan positif. Mereka mempunyai asas yang kuat dalam menyimpulkan tanggapan tersebut:

Mereka bersetuju bahawa ekonomi negara kita mencatatkan perkembangan yang amat memberangsangkan. Portal-portal perniagaan seperti Bloomberg, Financial Times, Business Insider, dan Forbes terus bercakap mengenai perkara ini.

Pada Julai 2024, Bloomberg melaporkan bahawa ekonomi Malaysia telah menunjukkan prestasi yang tinggi di luar jangkaan. Dalam waktu yang hampir sama, Financial Times turut bercakap mengenai perkara itu sehingga terbit perbincangan terperinci tentang prospek dan potensi Malaysia.

Business Insider pula melaporkan bahawa ekonomi Malaysia telah berkembang pada kadar terpantas semenjak lewat 2022, tahun peralihan kepimpinan negara daripada era Kerajaan Tebuk Atap kepada era Malaysia Madani.

Forbes juga tidak ketinggalan menyorot prestasi ekonomi Malaysia. Dalam laporannya, portal perniagaan itu menyentuh persoalan (perkara yang berkaitan) kebolehlaksanaan dasar fiskal yang mampan seperti penyasaran subsidi, yang pada pandangan mereka menjadi antara faktor penyumbang kepada pertumbuhan negara.

Bukan itu sahaja, institusi perbankan seperti JP Morgan yang merupakan antara bank utama di dunia telah meningkatkan penarafan Malaysia.

Tidak syak lagi, semua yang terpancar daripada mata dunia ini merupakan isyarat kuat tentang peningkatan keyakinan antarabangsa terhadap negara kita.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam dua tahun kebelakangan ini juga dilihat ada hubung kaitnya dengan peningkatan pengunaan dan libat urus pihak swasta.

Berkaitan perkara ini, RAM Ratings, misalnya, melaporkan bahawa penggunaan swasta meningkat 4,7% pada suku pertama tahun ini (2024).

Lebih membanggakan kita pastinya Ringgit Malaysia berada dalam kedudukan terbaik dalam tempoh 14 tahun ini apabila prospek Malaysia semakin cerah. Mata wang kita itu terus mencatatkan keuntungan terbaik sejak 2020.

Apa kesimpulan renungan ini?

Semua ini sebenarnya hanya akan berlaku apabila pemimpin yang betul berada dalam kerajaan. Itu jawapannya!

Sekalipun tidak disenangi pihak tertentu; yang gemar menimbulkan kebencian, sentiasa melakukan onar, dan menutup pintu hati kepada perkara yang benar, pemimpin yang betul sentiasa bekerja keras untuk menjadikan Malaysia negara bertamadun.

Teruskan perjuanganmu, Kerajaan Perpaduan!

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

ALHAMDULILLAH, umat Islam sekali lagi menyambut Aidiladha. Sebuah perayaan yang bukan sekadar hadir dengan takbir dan ibadah korban, tetapi membawa bersama kisah-kisah agung tentang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan manusia kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI catat rekod terbaik, selesai 9 tuntutan MA63 dalam 3 tahun

SELAMA lebih 60 tahun selepas pembentukan Malaysia, isu MA63 sering dijadikan janji politik setiap kali pilihan raya datang menjengah. Semua yang pernah menduduki kerusi nombor 1 di Putrajaya bercakap tentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar