Malaysia negara bebas, merdeka jalin hubungan baik semua negara – PM Anwar

LAHAD DATU – Kerajaan sentiasa memutuskan perkara yang terbaik untuk Malaysia termasuk menjalin hubungan dengan mana-mana negara luar berikutan Malaysia merupakan negara bebas dan merdeka.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana hubungan baik dengan semua negara juga antara lain bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dalam sektor sawit, perdagangan dan pelancongan.

“Saya jumpa Presiden Putin, orang kata Malaysia ini tidak semena-mena berbaik dengan Rusia, apa kata Amerika apa kata Eropah? Kita ini negara bebas dan merdeka. Kita putuskan apa yang terbaik untuk negara kita.

“Amerika penting dan ada yang kita eksport ke Amerika. Kita berbaik tapi jangan ada negara yang nak tekan kita,” katanya semasa berucap dalam Program Santunan Budi Tautan Kasih Felda Madani di Padang Bandar Felda Wilayah Sahabat, di sini, pada Khamis.

Menurut beliau, China, India dan Mesir antara negara pengimport besar kelapa sawit di negara ini dan hubungan baik akan meningkatkan lagi eksport minyak kelapa sawit pada masa akan datang.

“Sekarang kita mahu minta Rusia sebab itu kita pergi dan berkawan dengan mereka. Saya jumpa Perdana Menteri India baru-baru ini pun mereka mahu tambah import kelapa sawit. China pun sama,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga menzahirkan rasa kagum dengan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak kerana mengasaskan Felda yang memberi manfaat sehingga kini.

“Felda ini adalah rancangan tanah sebagai bantuan kepada rakyat miskin yang tiada tanah ketika itu diberikan tanah dan pekerjaan, masa itu terpaksa pinjam dari Bank Dunia untuk memulakan projek.

“Peneroka juga kita tidak boleh lupa kerana pada peringkat awal bukan seperti ini ada kemudahan sekolah, jalan dan sebagainya.

”Oleh itu kita perlu hormat dan berterima kasih kepada mereka (peneroka awal),” ujarnya.

Related Posts

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Kerajaan negeri alu-alukan bayaran interim RM1.5 bilion untuk Sabah

Kerajaan negeri alu-alukan bayaran interim RM1.5 bilion untuk Sabah