Kerajaan Persekutuan sentiasa beri komitmen tinggi kepada kerajaan negeri – KSN

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi kepada Kerajaan Negeri menerusi inisiatif pelbagai jabatan dan agensi Persekutuan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, ia berbentuk penyaluran peruntukan kewangan dan pelaksanaan pelbagai projek serta program yang banyak memberi manfaat kepada rakyat.

Jelas beliau, amalan Federalisme yang diamalkan di Malaysia menyediakan  kerangka  berguna  dalam  memahami  hubungan  Kerajaan Persekutuan dan negeri.

”Ia dapat dizahirkan dalam perkara-perkara seperti keamanan dan kestabilan, hubungan kerjasama dan kepentingan bersama dan dapat diterjemahkan menerusi hubungan dan gerak kerja di antara agensi Persekutuan dan negeri dalam pelbagai bidang.

”Tidak dapat dinafikan, sejak tahun 1963, terdapat pelbagai isu yang timbul di antara jabatan serta agensi Persekutuan dan negeri.

”Khususnya hal-hal yang melibatkan bidang kuasa, penyelarasan serta pertindihan fungsi.

”Di samping itu, suasana politik yang tidak menentu juga mempengaruhi hubungan kerjasama antara jabatan dan agensi Persekutuan serta negeri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS) yang diwujudkan sejak tahun 1963 memainkan peranan penting sebagai penghubung utama di antara pelbagai jabatan serta agensi Persekutuan dan Negeri.

Katanya, ia bertindak sebagai perantara bagi menyelesaikan sebarang isu-isu kritikal yang menyentuh kepentingan bersama di samping mewujudkan suasana yang harmoni dengan Kerajaan Negeri Sabah.

”Misalnya pelaksanaan projek-projek pembangunan Rancangan Malaysia, MA63, kesejahteraan rakyat, serta keselamatan dan ketenteraman.

”Saya berharap PSUPS terus memainkan peranan yang lebih aktif khususnya dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam Persekutuan di samping mewujudkan kerjasama yang erat dengan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri Sabah 2024 di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Khamis.

Tambah beliau istimewanya, Pejabat Setiausaha Persekutuan hanya wujud di Sabah dan Sarawak sahaja.

Program itu dihadiri seramai 4,500 penjawat awam persekutuan dan negeri seluruh Sabah.

Hadir sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman.

Related Posts

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

CADANGAN meningkatkan pelepasan cukai bagi yuran taman asuhan (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) berdaftar daripada RM10,000 kepada RM15,000 setahun disifatkan wajar bagi membantu ibu dalam kalangan M40 yang bekerja,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

BATU PAHAT – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan semua perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan (KPM) berkaitan kejadian kematian seorang pelajar di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Belanjawan 2027: Pelepasan cukai taska bantu ibu M40 bekerja

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Fadhlina arah siasat menyeluruh, jangan sembunyikan apa-apa dalam kes kematian pelajar

Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

  • By Ithma
  • October 4, 2026
Seni bukan sekadar hobi, belia perlu jadi pewaris identiti Sabah

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu meninggal dunia

  • By Fatin
  • October 4, 2026
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu meninggal dunia

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA