Bekas pelumba motor negara maut ditetak 12 kali

KANGAR – Bekas pelumba motosikal negara, Elly Idzlinizar Ilias, 40, maut selepas ditetak antara sehingga 12 kali dalam pergaduhan di simpang masuk Taman Behor Gonchar Jaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital menaiki ambulans namun disahkan meninggal dunia pada pukul 12.01 tengah malam.

“Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kangar menahan tiga suspek lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 51 tahun untuk siasatan lanjut. Polis turut merampas telefon bimbit, perakam video digital, pakaian suspek dan pedang sepanjang 112 sentimeter sebagai barang kes.

“Suspek utama merupakan kontraktor berusia 51 tahun, suspek kedua seorang buruh berusia 28 tahun, manakala suspek ketiga ialah anak kepada suspek utama, berusia 31 tahun dan bekerja sebagai tukang kebun. Semakan rekod mendapati kesemua suspek mempunyai antara empat hingga 11 rekod lampau berkaitan jenayah,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, suspek utama positif dadah jenis Benzo manakala dua lagi suspek negatif ujian air kencing manakala polis masih menunggu laporan kimia untuk mengenal pasti sama ada mangsa turut berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian.

Yusharifuddin berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah perselisihan faham yang membawa kepada pergaduhan dan kematian. Mangsa dan suspek saling mengenali antara satu sama lain.

“Difahamkan, mangsa terlebih dahulu pergi ke rumah suspek utama dalam keadaan marah, namun suspek tiada di rumah dan hanya anak serta isteri suspek utama yang berada di rumah ketika itu. Mangsa kemudian bertembung dengan suspek di persimpangan jalan utama sebelum berlaku pergaduhan.

“Kecederaan yang dialami mangsa termasuk satu kesan kelar pada tangan kanan, tiga pada tangan kiri, serta lapan kesan kelar di bahagian hadapan dan belakang badan. Bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah pendarahan teruk akibat luka kelar berganda.

Tambahnya, kesemua suspek direman tujuh hari bermula 11 September hingga 17 September ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Orang ramai diminta untuk tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan.

Related Posts

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

KUCHING – Sarawak perlu memperkukuh kepakaran tempatan dalam bidang pemuliharaan warisan bagi memastikan bangunan bersejarah, identiti budaya dan khazanah masyarakat terus terpelihara untuk generasi akan datang. Penasihat Old Kuching Smart…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

MATU – Kecemerlangan akademik perlu seiring dengan pembentukan adab, akhlak dan disiplin bagi melahirkan generasi berilmu serta berkeperibadian tinggi. Ahli Parlimen Igan, Datuk Ahmad Johnie Zawawi berkata, kejayaan sebenar bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

Jangan matikan suara mahasiswa!

Jangan matikan suara mahasiswa!

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie

Ilmu, adab dan akhlak perlu seiring untuk berjaya – Ahmad Johnie