Amanah ingatkan pembangkang jangan sentuh isu 3R

KOTA BHARU – Pembangkang diingatkan supaya tidak menyentuh isu 3R (agama, raja, kaum) sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, pembangkang perlu menjadi konstruktif dan progresif dengan tidak menjadikan ia sebagai bahan kempen.

“Kita mahu menjadi sebuah negara yang maju, sebab kemajuan negara penting dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat.

“Jangan guna rakyat untuk kepentingan politik atas nama 3R, ia tidak memberikan faedah kepada mana-mana pihak, jadi perkara itu perlu dihindari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan B40 dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Bot Nelayan di LKIM Kuala Besar di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Faiz berkata, diesel sudah tidak relevan untuk dijadikan sebagai bahan kempen pada PRK Mahkota.

Ujarnya, kemenangan Barisan Nasional (BN) di PRK Nenggiri sebelumnya membuktikan rakyat sudah memahami tujuan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel di negara ini.

PRK Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 2 Ogos lalu

Related Posts

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik keputusan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti itu. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PAKATAN Harapan (PH) dijangka memanfaatkan tempoh lebih setahun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bagi mengukuhkan kedudukannya susulan berakhirnya tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji