Tuduh kerajaan zalim, modus operandi semasa PN – Penganalisis

PERIKATAN Nasional (PN) perlu menerima hakikat bahawa mereka telah gagal menjadi pembangkang yang baik demi keseimbangan negara.

Ia susulan kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Rabu berkata, walaupun PN belum pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, mereka tetap menurunkan calon pada pilihan raya kali ini untuk memperjuangkan pelbagai isu yang dihadapi rakyat kini.

Hamzah turut berkata, PN akan berjuang menentang kezaliman kerana tidak mahu rakyat tinggal dalam keadaan terhimpit dengan masalah kos sara hidup.

Mengulas kenyataan itu, Geostrategis, Prof Azmi Hassan berkata, tindakan ini seolah-olah taktik lapuk PN yang seringkali menuduh kezaliman kerajaan dalam mentadbir negara dan menguruskan keperluan rakyat.

“Ia adalah modus operandi Perikatan Nasional sebagai pembangkang bukan sahaja membangkang setiap perkara yang dilakukan oleh kerajaan tetapi juga menuduh kerajaan zalim kerana kononnya mereka sukar untuk melakukan tugas.

“Hakikatnya mereka telah gagal melakukan tugas sebagai pembangkang yang baik dan untuk menyalahkan orang lain lebih baik dia menyalahkan kerajaan yang dikatakan zalim terhadap pembangkang atau PN terutama sekali,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Khamis.

Tambah Azmi, Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menyekat mana-mana kebebasan bersuara serta lontaran pendapat pihak pembangkang selagi ia tidak melanggar undang-undang.

“Saya tidak nampak perkara itu berlaku (kezaliman) di mana pembangkang bebas menyatakan apa pendapat mereka selagi tidak melanggar tatasusila ataupun undang-undang yang boleh dikatakan mencetuskan huruhara, ketidakstabilan,” ujarnya.

Related Posts

Cari calon PRN ‘online’ bukti Bersama bukan parti kompeten – Puad

PETALING JAYA – Parti Bersama Malaysia (Bersama) dilihat terdesak hingga calon pilihanraya boleh dipohon menerusi dalam talian, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Struktur haram di Sungai Makau dibina tanpa kelulusan MPKj

Struktur haram di Sungai Makau dibina tanpa kelulusan MPKj

Dua lelaki ditahan pecah rumah, curi barang antik di Roban

Dua lelaki ditahan pecah rumah, curi barang antik di Roban

Krisis Negeri Sembilan: Penyelesaian kemelut perlu berlandaskan tertib adat dan undang-undang – Pakar

Krisis Negeri Sembilan: Penyelesaian kemelut perlu berlandaskan tertib adat dan undang-undang – Pakar

Cari calon PRN ‘online’ bukti Bersama bukan parti kompeten – Puad

Cari calon PRN ‘online’ bukti Bersama bukan parti kompeten – Puad

Prestasi mata wang ringgit antara terbaik di Asia

Prestasi mata wang ringgit antara terbaik di Asia

Dua remaja perempuan hilang di Mukah ditemui selamat

Dua remaja perempuan hilang di Mukah ditemui selamat