Kerja pembersihan toksik bakal selesai 22 September ini

JOHOR BAHRU – Orang ramai dinasihati untuk tidak memasuki atau berada di sekitar Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika di sini, berikutan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa bahan kimia bakal dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan
Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata, ketika ini pihak kontraktor akan mengemukakan cara dan kaedah pembersihan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru sebelum kerja-kerja pembersihan dimulakan.

Menurut beliau, dalam masa sama, orang ramai jugak tidak digalakkan melakukan sebarang aktiviti berdekatan kawasan Sungai Tebrau dan sungai Plentong sehinggalah projek pembersihan ini selesai sepenuhnya dijangka pada 22 September nanti.

“Sehubungan itu orang awam dinasihatkan tidak panik semasa tempoh kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sisa bahan terjadual dilaksanakan di kawasan tersebut.

“Orang ramai juga diminta mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala seperti sesak nafas, sakit dada, loya, muntah dan pening kepala selepas terhidu bau yang disyaki akibat pembuangan sisa kimia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk mengelakkan aktiviti di luar rumah, terutamanya kumpulan berisiko seperti ibu hamil, pesakit kronik, kanak-kanak dan warga emas.

“Mereka yang berkemungkinan terdedah kepada sisa kimia berkaitan juga dinasihatkan supaya mandi dan mencuci pakaian secara berasingan bagi mengelakkan pendedahan melalui kulit,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengecam tindakan pihak yang jelas mengambil jalan pintas melupuskan sisa bahan terjadual secara haram, dan kes disiasat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara mandatori dan denda maksimum RM10 juta.

Orang ramai diminta mengikuti maklumat terkini berhubung kejadian pencemaran itu dari sumber maklumat yang sahih dan mematuhi arahan pihak berkuasa serta menyalurkan sebarang maklumat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor di talian 1-800-88-2727 atau Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Johor Bahru di talian 07-220 0604.

Related Posts

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

LIMBANG – Sebuah keluarga di bandar ini berdepan detik cemas apabila sebahagian bumbung kediaman mereka diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut, kira-kira jam 2 petang pada Khamis. Insiden tersebut memusnahkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

SIPITANG – Yayasan Petronas melancarkan Hab STEM Program Duta Guru (PDG) di Pusat Kegiatan Guru Sipitang dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam kalangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi

  • By Ezmie
  • August 20, 2026
Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan