Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi

PUTRAJAYA – Bursa Malaysia yang susut selama enam hari berturut-turut, mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi susulan aktiviti belian dan sentimen positif merentasi pasaran utama Asia, dipacu data ekonomi China lebih kukuh selain keuntungan Wall Street.

Pada jam 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.86 mata atau 0.54 peratus kepada 1,660.35 berbanding 1,651.49 pada akhir dagangan semalam.

Indeks itu dibuka susut 2.31 mata pada 1,653.80 dan bergerak turun naik dalam julat 1,649.53 hingga 1,661.09 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Pasaran secara meluas bercampur-campur dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 501 berbanding 479 manakala 520 lain tidak berubah, 955 tidak didagangkan dan enam digantung dagangannya.

Jumlah dagangan susut kepada 3.05 bilion unit bernilai RM3.78 bilion daripada 3.38 bilion unit bernilai RM3.85 bilion, semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, data ekonomi China yang positif serta keuntungan diraih Wall Street mempengaruhi dagangan hari ini apabila eksport China meningkat 8.7 peratus manakala import naik 0.5 peratus pada Ogos yang mengatasi unjuran masing-masing pada 6.5 peratus dan 2.0 peratus.

“Walaupun keadaan pasaran bertambah baik, kami kekal optimis namun berhati-hati terhadap (prospek) pasaran tempatan berikutan jumlah dagangan berkurangan serta jangkaan pelabur yang berubah.

“Kami menjangkakan FBM KLCI menyaksikan urus niaga mendatar dalam julat 1,650-1,670 sehinggalah terdapat petunjuk jelas dan pasti mengenai pengurangan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS),” katanya seperti dilapor Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata prestasi Bursa Malaysia juga memaparkan pemulihan Wall Street, didorong aktiviti memburu saham berharga rendah menjelang pengumuman mengenai data utama inflasi.

“Bagaimanapun, Indeks Modal Kecil bursa terus susut untuk satu lagi sesi.

“Ia susulan pemulihan saham teknologi Amerika Syarikat (AS), kami menjangkakan pelabur akan mencari peluang dalam jualan saham berkenaan yang berlebihan di peringkat tempatan,” katanya.

Related Posts

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan berdepan ketidaktentuan global – Penganalisis

EKONOMI Malaysia dijangka terus berdaya tahan dalam berdepan ketidaktentuan global, disokong permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport sektor strategik, kata Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MATRADE naikkan sasaran MIHAS 2026 kepada RM5 bilion

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menaikkan sasaran nilai jualan keseluruhan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 kepada RM5 bilion berbanding RM4.5 bilion sebelum ini. Ketua Pegawai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September