Kartel tuntutan palsu Perkeso ranapkan sistem perlindungan sosial, nafi hak pekerja

PUTRAJAYA – Tindakan kartel yang memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
merupakan perbuatan terkutuk yang secara jelas telah merompak wang pencarum.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, penyalahgunaan dana tersebut bukan sahaja merosakkan sistem perlindungan sosial, namun turut menafikan hak pekerja yang sah untuk menerima manfaat mereka.

“Tuntutan palsu melanggar prinsip keadilan dan integriti dana keselamatan sosial, dikhususkan untuk membantu pekerja yang benar memerlukan.

“Lebih malang apabila kegiatan terkutuk ini turut membabitkan pengamal perubatan, termasuk doktor pakar yang bersekongkol selepas dikaburi dengan laba yang dijanjikan rangkaian kartel.

“Tindakan itu umpama satu rompakan terhadap wang pencarum yang dikumpul daripada pekerja dan majikan dengan tujuan melindungi kebajikan pekerja sekiranya berlaku kemalangan, penyakit, atau kecederaan berkaitan pekerjaan,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Effendy berkata,
tuntutan palsu akan menambah beban pentadbiran serta kos pengurusan Perkeso, yang boleh memaksa organisasi berkenaan menaikkan kadar sumbangan pada masa hadapan.

Jelasnya, ia akan memberi kesan negatif kepada pencarum sah yang
terpaksa menanggung beban tambahan akibat penipuan tersebut.

“MTUC juga ingin mengingatkan bahawa mereka yang terlibat dalam kegiatan tuntutan palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

‘Ia boleh memperuntukkan hukuman denda tinggi dan penjara bagi pesalah. Sehubungan itu, MTUC menyeru semua pihak untuk bekerjasama dalam memastikan integriti sistem Perkeso terpelihara,” katanya.

Sementara itu, Mohd Effendy berkata, keperluan untuk sebarang penipuan atau salah guna dana pencarum Perkeso dibanteras dengan kadar segera.

“Ini perlu dilakukan demi menjaga kepentingan pekerja dan mengekalkan keberkesanan sistem keselamatan sosial negara,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai dan barang berharga dengan nilai keseluruhan kira-kira RM1 juta daripada 36 suspek yang ditahan susulan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso.

Barangan berharga dirampas susulan tangkapan suspek dengan kegiatan berunsur kartel termasuk lima doktor itu antaranya barangan kemas, selain barangan mewah seperti beg tangan, jam tangan dan kenderaan.

Semalam, Perkeso dilapor mengesan kewujudan rangkaian kartel penipuan palsu tuntutan faedah Hilang Upaya Kekal hingga membawa kepada tindakan SPRM melalui Ops Tunjang.

Susulan itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dilaporkan berkata, bagi mengelak isu sama berulang, Perkeso diminta menghentikan tuntutan dari sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang yang dikesan terbabit dalam kartel penipuan tuntutan palsu hilang upaya sejak Jun lalu.

Tegasnya, Perkeso juga diminta melakukan rombakan secara menyeluruh dengan prosedur operasi standard baharu bagi proses tuntutan yang akan diperkenalkan.

Related Posts

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

AYER KEROH – Kerajaan MADANI menolak sebarang desakan untuk mengawal stesen penyiaran dan agensi media sebaliknya komited mengekalkan kebebasan laporan berteraskan adab dan tertib. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan, Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

AYER KEROH – PKR tidak boleh menganggap keresahan yang wujud dalam kalangan masyarakat sebagai sentimen yang sengaja dicipta pihak tertentu, sebaliknya perlu memahami puncanya dan menawarkan penyelesaian bagi mendapatkan semula…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu