1BestariNet: Kontrak berbilion, internet lemah rugikan KPM, susahkan guru dan murid

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) membangunkan projek 1BestariNet dengan menganugerahkan kontrak selama 15 tahun bernilai RM4 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (Yes 4G) bagi pelaksanaan projek itu bagaimanapun ia disifatkan sebagai sangat merugikan KPM bahkan menyusahkan guru dan murid ketika itu.

Aktivis Pendidikan Negara, Mohd Nor Izzat Johari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat memaklumkan, bekalan internet yang sangat lemah jika dibandingkan jumlah kontrak kepada YTL, ia amatlah merugikan KPM sekali gus menyusahkan guru dan murid.

“Bekalan internet yang sangat lemah jika dibandingkan jumlah kontrak kepada YTL amatlah merugikan KPM juga menyusahkan guru dan murid.

“Pencawang YTL yang dipasang dalam sekolah tanpa mengambil kira bahaya gelombang telekomunikasi dan difahamkan tiada bayaran kepada pihak sekolah dalam penggunaan tapak kawasan sekolah,” katanya kepada The Malaysia Press pada Jumaat.

Memperincikan bebanan yang terpaksa ditanggung sewaktu ‘menjayakan’ projek 1BestariNet, Cikgu Izzat memberitahu, bagi merealisasikan rencana sistem online 1BestariNet, semua guru dan murid dipaksa menggunakan satu sistem dipanggil FrogVLE.

“FrogVLE adalah satu sistem yang hampir menyerupai Google Classroom.

“Manakala bagi merealisasikan projek ini, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) turut dilancarkan bagi menjadi satu sistem memasukkan data murid dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula tahun 2011 (diperingkat sekolah rendah) manakala 2012 (diperingkat menengah).

“PBS inilah yang telah memansuhkan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan telah menjadikan murid sebagai tikus makmal.

“Manakala perancangan memansuhkan UPSR terpaksa ditangguhkan atas sebab bantahan kuat seluruh negara kepada pemansuhan PMR ketika itu dan diwujudkan PT3 dalam masa 43 hari dimansuhkan atas desakan saya dan rakan guru seluruh Malaysia,” ujar Cikgu Izzat.

Untuk maklumat, projek 1BestariNet bernilai RM4 biliion ini diberikan kepada YTL pada 2011 oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Difahamkan, matlamat projek ini kononnya untuk sediakan internet kelajuan tinggi dan platform belajar digital yang dikenali Frog VLE kepada 10,000 sekolah.

Bagaimanapun, projek menelan kos RM4 bilion ini hanya menawarkan internet yang ‘slow’ dan tidak stabil yang membawa masalah seperti sukar log in, lambat akses dan selalu gagal apabila nak muat naik bahan pengajaran.

Frog VLE sebenarnya hanya guna platform Google Classroom yang boleh dapat percuma.

Justeru, Cikgu Izzat menyambut baik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd sebagai sebahagian siasatan terhadap projek bernilai RM4 bilion 1BestariNet yang sudah dihentikan.

Cikgu Izzat yang sudah bersuara berkait projek 1BestariNet ini sejak 2014 mendakwa, projek korup ini wajib disiasat dan diambil tindakan sekeras-kerasnya kepada Menteri Pendidikan, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pegawai JPN dan pegawai PPD dari tahun 2011 hingga 2015 yang terlibat dalam pelaksanaan 1BestariNet ini.

Related Posts

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

PELAJAR perlu diberikan pendedahan mengenai kesalahan jenayah dan implikasi undang-undang supaya mereka memahami keseriusan sesuatu tindakan, khususnya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan bunuh. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM