Tujuh KSU kementerian bertukar, reformasi perkhidmatan awam

KUALA LUMPUR – Sektor perkhidmatan awam menyaksikan perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi masing-masing berkuat kuasa esok dan 23 September ini.

Perubahan penempatan ini membabitkan perjawatan sembilan ketua setiausaha kementerian, satu timbalan ketua setiausaha kanan dan dua ketua pengarah.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata perubahan penempatan dan pelantikan baharu seiring hasrat melaksanakan reformasi perkhidmatan awam.

Beliau berkata ia menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam bagi mendepani era baharu perkhidmatan awam, susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia juga manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip taat setia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada raja dan negara, dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Berikut perubahan penempatan dan pelantikan baharu jawatan berkenaan;

  1. Datuk Lokman Hakim Ali – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, bertukar dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  • Berkuat kuasa 23 September 2024
  1. Datuk Seri Isham Ishak – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bertukar dari Kementerian Pertahanan
  • Berkuat kuasa 23 September 2024
  1. Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, bertukar dari Kementerian Kerja Raya
  • Berkuat kuasa 5 September 2024
  1. Datuk Seri Suriani Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, bertukar dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • Berkuat kuasa 5 September 2024
  1. Datuk Ruji Ubi – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, bertukar dari Kementerian Dalam Negeri
  • Berkuat kuasa 5 September 2024
  1. Datuk Azman Mohd Yusoff – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, bertukar dari Kementerian Perpaduan Negara
  • Berkuat kuasa 5 September 2024
  1. Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, bertukar dari Kementerian Sumber Manusia
  • Berkuat kuasa 5 September 2024
  1. Datuk Awang Alik Jeman – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, naik pangkat daripada jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  • Berkuat kuasa 5 September 2024
  1. Datuk Abd Shukor Mahmood – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, bertukar daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  • Berkuat kuasa 5 September 2024
  1. Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, bertukar daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
  • Berkuat kuasa 5 September 2024
  1. Datuk Seri Azman Ibrahim – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, bertukar daripada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
  • Berkuat kuasa 5 September 2024
  1. Muhammad Razman Abu Samah – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, bertukar daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Berkuat kuasa 5 September 2024

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat