Sarawak berada di posisi yang kukuh hadapi cabaran status negeri maju

KUCHING – Sarawak berada pada posisi yang kukuh untuk menghadapi cabaran peralihan daripada negeri membangun kepada negeri yang maju.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata kedudukan kukuh ini disebabkan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang mahu berkongsi visi yang sama dalam menjadikan Sarawak sebagai peneraju dalam sektor ekonomi, teknologi, sosial dan alam sekitar.

“Langkah tambahan yang diambil oleh kerajaan Sarawak untuk menyediakan pelajar menghadapi cabaran global khususnya dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

“Satu pendekatan yang ketara ialah penggunaanTeori Penyelesaian Masalah Inventif (TRIZ) yang dianggap sebagai kaedah yang berkesan untuk menangani cabaran dengan cara yang inovatif,” menurut ucapan Dr Sim yang dibacakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng.

Sementara itu, Dr Sim menegaskan kerajaan Sarawak kini menumpukan kepada pembangunan modal insan dengan mendedahkan golongan muda kepada teknologi baharu dan memperkasakan pendidikan.

“Saya percaya anak muda Sarawak dengan kemahiran yang diperlukan sejak kecil hingga ke peringkat pengajian tinggi, mereka akan mempunyai kelebihan daya saing baik peringkat nasional mahupun global.

Sarawak kini mempunyai bilangan pengamal TRIZ terbesar di Malaysia Timur sekali gus membolehkan penduduknya mampu bersiang dan menghadapi cabaran menjadikan Sarawak sebagai negeri maju.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit