
KAPIT – Kerajaan sentiasa memastikan segala dana dan peruntukan mencukupi demi keperluan rakyat.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata setiap permohonan perlu melalui prosedur dan tidak sesuka hati wakil rakyat menyalurkan peruntukan.
“Kami sebagai wakil rakyat sentiasa memastikan kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan membantu membawa pembangunan demi rakyat,” kata beliau.
Beliau menegaskan kerjasama daripada semua pihak khususnya masyarakat Kapit amat diperlukan.
Beliau berkata demikian dalam program Penyerahan Cek MRP & Peruntukan UNIFOR bertempat di Hotel Meligai, Kapit pada Isnin.
Sementara itu, beliau sentiasa mengingatkan segala peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan dengan baik.
Pada masa yang sama, beliau turut menyampaikan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM434,000 kepada 39 penerima yang terdiri daripada wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) Kapit, persatuan penduduk, JKKK, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, kelab serta persatuan.




