
SEORANG bekas Perdana Menteri kerap berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak mampu menguruskan negara jika diberi peluang menerajui negara.
Itu kata-katanya ketika beliau sedang berkuasa dan dipercayai bertujuan menghalang DSAI melangkah ke Putrajaya.
Rupa-rupanya, setelah DSAI diangkat sebagai Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) pun, bekas Perdana Menteri itu masih ‘meratib” perkara yang sama.
Beliau menyelar PMX dengan pelbagai naratif kononnya Kerajaan Perpaduan bermasalah.
Pada masa yang sama, beliau menjadi sebahagian individu yang terlibat dalam gerakan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Bersama-sama blok yang memperdagangkan.agama, beliau yang terkenal sebagai ‘saudagar’ yang memperniagakan ‘komoditi bangsa’, sedaya upaya menyemburkan bau yang tidak enak ke tubuh DSAI.
Sekali pandang, usaha itu nampak berkesan kerana DSAI hanya diam seribu bahasa.
Dalam keadaan DSAI berdiam diri itu, oposisi kian galak menyebarkan dakyah yang kadangkala berada pada tahap yang sangat ekstrem.
Mereka menormalisasikan fitnah dan kebencian; menimbulkan kebimbangan kononnya Islam terancam, Melayu terpinggir, orang bukan Islam menguasai kerajaan, dan sebagainya; ekonomi negara lemah; menteri tidak tahu buat kerja; melabel pemimpin dan penyokong kerajaan membenci ulama.
Mereka percaya sikap DSAI yang tidak mudah melatah, lunak, berfikiran matang, dan pemaaf, menyelesaikan sesuatu pertikaian di meja rundingan akan memberi jalan kepada mereka merampas kuasa.
Itu mungkin antara sebab mereka sangat yakin bukan sekadar dapat mengekalkan DUN Nenggiri, bahkan menang dengan majoriti melebihi 2,000 berbanding hanya lebih 800 pasa PRN 2023.
Malangnya, mereka gagal mempertahankan DUN Nenggiri; tewas teruk – majoriti melebihi 3,000 undi!
Ekoran kekalahan itu, Presiden Pas – Abdul Hadi Awang melabel Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PHBN) sebagai dajal.
Bekas Duta Timur Tengah yang hanya makan gaji buta atas jawatan tersebut berkemungkinan bertindak sedemikian kerana kepanasan setelah rakannya disiasat atas tindakan kurang baik ke atas bekas Yang di-Pertuan Agong.
Yang peliknya, langsung tiada penglibatan PHBN dalam perkembangan itu kerana pihak Istana Pahang sendiri membawa kes Mahiaddin Yassin itu ke muka pengadilan.
Kerajaan Perpaduan yang diterajui PMX sebaliknya memfokuskan kerja membina negara terutama membina landskap kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.
Kini banyak kejayaan sudah dicapai antaranya harga dua komoditi utama negara – getah dan kelapa sawit meningkat, harga bahan bakar beransur-ansur distabilkan dan diturunkan, pelaburan asing bertambah, nilai ringgit kian kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat, dan berita gembira tercatat di papan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Yang menariknya, perhatian Kerajaan Perpaduan kepada kakitangan awam yang sebelum ini dijadikan bahan olok-olokan dan cemuhan kini benar-benar direalisasikan.
Oposisi seperti mati kutu dan ‘tentera’ mereka yang sebahagiannya berada dalam agensi dan jabatan kerajaan, yang dahulunya aktif menyerang kerajaan dengan sini dan biadab kini diam sedikit.
Pun begitu, selagi mereka itu berada dalam kelambu walaun, payah mereka mahu menerima kebaikan kerajaan.
Biarkanlah mereka. Tidak guna kita bergaduh dengan orang yang sudah kehilangan akal budi.
Yang penting, Kerajaan Perpaduan terus bekerja dan buktikan bahawa majoriti rakyat sudah sedar oposisi hanya tahu beretorik tapi tidak tahu bekerja dengan bijaksana dalam konteks peranan mereka yang sebenarnya.
Jelaslah bahawa kelunakan PMX dan Kerajaan Perpaduan kini menewaskan keagresifan opisisi yang berdiri atas fitnah dan kebencian.
Ayuh, kita pertahankan DUN Mahkota dengan capaian yang lebih baik bagi menambahkan koleksi bukti bahawa kita semakin diterima rakyat!






