Peranan JPKK dinaik taraf sokong agensi keselamatan

SEREMBAN – Penaiktarafan fungsi Jawatan Kuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebagai anggota Pasukan Tindak balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) diharapkan mampu membantu pihak berwajib.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, jika sebelum ini hanya sebagai mata dan telinga kerajaan kini diluaskan untuk membantu pihak keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada kepimpinan JPKK daripada seluruh Negeri Sembilan yang telah terlibat dalam latihan yang telah dijalankan sebelum ini sekaligus menjadi sebahagian daripada anggota CDA-ERT ini. Sebelum ini sering saya sebutkan, selain daripada menjaga dan menguruskan hal ehwal di kampung masing-masing, antara peranan lain JPKK adalah menjadi mata, telinga, dan lidah kepada kerajaan negeri.

“Fungsi JPKK ini kita luaskan lagi dengan memberikan Latihan Kemahiran kepada sebahagian JPKK di peringkat awal ini dengan kaedah-kaedah untuk memberikan respon awal jika berlaku kecemasan. Peranan ini sangat penting dalam memastikan keselamatan di kampung masing-masing dapat kita uruskan dengan baik. Apa sebenarnya Emergency Response Team (ERT) ini? Mungkin ramai yang masih kurang jelas dengan fungsi dan objektif penubuhan ERT.

“ERT adalah kumpulan individu yang dilatih dan dilantik untuk bertindak balas dengan cepat dan berkesan dalam situasi kecemasan. Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) memainkan peranan penting dalam keselamatan dan kesejahteraan komuniti, serta membantu dalam menyediakan bantuan yang diperlukan dalam keadaan darurat. Ini bermaksud, jika ada sebarang musibah yang berlaku, seperti banjir, ribut, tanah runtuh, dan sebagainya, pasukan ERT ini adalah antara individu yang terawal yang akan membantu sebelum pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam JPKK Peringkat Negeri, di sini, pada Selasa yang disampaikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan APM memberikan Latihan kepada JPKK untuk menjadi sebahagian daripada Ahli ERT.

Tambahnya lagi, JPPK sememangnya memahami selok-belok kampung dan adalah wajar JPKK memainkan peranan serta fungsi ERT.

“Besar harapan saya, dengan tertubuhnya CDA-ERT ini, kes-kes kecemasan yang berlaku di kawasan kampung kita dapat kita uruskan dengan lebih baik dan segera.

“Bukanlah bermaksud JPKK ini mengambil tugasan pihak keselamatan seperti bomba, JPA atau sebagainya, tapi JPKK yang sememangnya berada di dalam kawasan adalah orang yang paling terdekat untuk diharap memberikan bantuan awal terhadap sebarang kecemasan,” ujarnya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan