‘Reform’ pentadbiran awam harus dilaksana segera – PMX

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya langkah ‘reform’ yang dirancang dalam pentadbiran awam dilaksanakan dengan segera.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini bagi memastikan semua usaha dapat berjalan dengan lebih berkesan, susulan masih ada yang belum memuaskan.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz mengenai langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki prestasi.

“Penggabungan agensi dan jabatan, itu belum berlaku dengan memuaskan, pertindihan perjawatan, kadang-kadang yang kurang perlu itu masih belum ditingkat yang memuaskan.

“Laporan daripada ketua jabatan, ketua pengarah, ketua unit mengenai kelembapan, kecuaian beberapa pegawai, itu pun belum di tahap memuaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.

Mengulas perkara berbeza, Anwar mengajak semua rakyat memanfaatkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang disambut kelmarin untuk memperbaiki prestasi dalam segala bidang.

Perdana Menteri berkata, acara sambutan yang dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah itu amat luar biasa dan menunjukkan satu semangat yang mengesankan.

“Kita bersyukur kerana sambutan kemerdekaan 2024 ini begitu menyemarakkan semangat rakyat dan saya perhatikan sambutan itu hebat dan luar biasa di seluruh negara.

“Jadi kita (perlu) memanfaatkan ini untuk meyakinkan, pertama diri kita dan tentunya, manfaat kepada negara iaitu dengan memperbaiki prestasi kita dalam segala bidang,” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar