
SANDAKAN – Sambutan Hari Kebangsaan 2024 bagi penduduk Kampung (Kg.) Bokara berlangsung meriah selepas mengadakan pertandingan jambatan berhias buat julung kalinya, di sini pada Sabtu.
Antara seorang penduduknya, Kahar Ali berkata, tujuan pertandingan itu dilaksanakan adalah untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dalam kalangan para penduduk kampung.
“Penduduk dari pelbagai lapisan umur terlibat dalam menjayakan pertandingan ini agar mereka dapat merasai kehangatan sambutan hari bersejarah itu di samping dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan antara satu sama lain,” katanya.
Beliau juga berharap agar pertandingan itu dapat dijadikan acaran tahunan bagi penduduk kampung tersebut.
Inisiatif oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ini bermula sejak Ogos sehingga 16 September yang melibatkan Jambatan Satu hingga Jambatan 13, Kg. Bokara.



