Tiga bangunan kilang IKS terbakar

JOHOR BAHRU – Tiga buah bangunan membabitkan dua kilang industri kecil dan sederhana (IKS) serta sebuah pejabat pengurusan di Taman Perindustrian Kota Puteri, Pasir Gudang terbakar, Jumaat malam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata, kebakaran melibatkan kilang cat yang musnah kira-kira 70 peratus, pejabat pengurusan (50 peratus) dan kilang plastik (40 peratus).

“Sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.55 malam tadi, seramai 26 anggota bomba dari BBP Pasir Gudang dibantu BBP Johor Jaya dan BBP Tebrau dikejarkan ke lokasi kejadian bersama-sama empat buah jentera FRT dan dua jentera EMRS.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran tiga bangunan kilang IKS jenis struktur kekal,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi tamat pada jam 2.30 pagi tadi dan insiden tersebut mengakibatkan kemusnahan 70 peratus, 50 peratus dan 40 peratus pada setiap bangunan kilang berkenaan.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff