Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah hadir sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat untuk bersama lebih 50,000 pengunjung bagi meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) dekat sini, pagi tadi.

Tahun ini adalah tahun pertama Al-Sultan Abdullah berangkat selaku tetamu utama sebagai Sultan Pahang setelah selamat menyempurnakan pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 selama 5 tahun di Istana Negara.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Acara pembukaan dimulakan jam 8.30 pagi dengan bacaan doa diikuti upacara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Negaraku, lafaz ikrar, laungan merdeka serta persembahan pembukaan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang serta pertunjukan tempur tanpa senjata daripada 4 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja Mekanize.

Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.

Acara perbarisan dan perarakan yang bermula kira-kira jam 9 pagi itu melibatkan 72 kontinjen berjalan kaki terdiri daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, persatuan, agensi kerajaan dan pasukan beruniform.

Turut mengambil bahagian 39 kontinjen berkenderaan termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan tujuh kenderaan perisai ACV Adnan, AV8 Gempita (7) dan sebuah kenderaan MM Pack Howitzer.

Acara sambutan pada tahun ini turut digamatkan dengan kehadiran enam pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM daripada No 12 Skuadron, Pangkalan Udara Gong Kedak yang membuat ‘flypass’ di ruang udara bandaraya Kuantan.

Selain itu, pengunjung turut terpukau dengan aksi persembahan demonstrasi aturgerak pasukan penggempur 4 Briged (Mekanize) memusnahkan musuh dengan menggunakan aset mekanize di penghujung perarakan.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit