Lebih 10,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Sabah

KOTA KINABALU – Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah disaksikan lebih 10,000 orang dari pelbagai latar belakang yang berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens, di sini pada Sabtu.

Orang ramai hadir seawal pukul 6.30 pagi untuk menonton dan merasai sendiri suasana kemeriahan sambutan.

Sebanyak 150 kontinjen perbarisan dan 39 kontinjen kenderaan dari pelbagai agensi menyertai perbarisan serta perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Sabah.

Acara secara rasmi bermula pada sekitar pukul 7.30 pagi sejurus ketibaan yang Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag serta barisan menteri Kabinet.

Sambutan diserikan dengan pelbagai persembahan termasuk koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Sabah Credit Coorporation (SCC) dengan nyanyian lagu Lagu Sabah Maju Jaya, Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Malaysia Jiwa Merdeka dan Jalur Gemilang sebelum perarakan dimulakan.

Turut menyertai perbarisan adalah kontinjen mewakili persatuan kebudayaan etnik, badan bukan kerajaan dan syarikat swasta.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit