Minda Merdeka IV: Malaysia Madani berjiwa besar

ESOK kita menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-67 bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.

Tidak syak lagi, sambutan hari bersejarah ini memerlukan keinsafan mendalam semua warganegara tanpa mengira sebarang perbezaan – agama, bangsa, warna kulit, status sosial, pekerjaan, dan lain-lain.

Keinsafan itu boleh dicapai dengan memperkasakan amalan agama antaranya saling menghormati, mengelakkan amalan fitnah, meningkatkan integriti, dan berlapang dada.

Satu perkara yang amat perlu dielakkan, berpolitik secara keterlaluan kerana jika itu tidak dikekang, segala perkara akan dilihat dari sudut kepentingan politik kepartian.

Dari jalur ini, Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berusaha keras mengajak rakyat memajukan negara mengikut bakat dan potensi masing-masing.

Sehubungan dengan keperluan itu, DSAI selaku Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) mengamalkan keterbukaan, antaranya melebarkan ruang bersuara kepada rakyat.

Bagi sebahagian pemerhati politik, sikap tersebut berisiko kepada Kerajaan Perpaduan, kerana ruang selebar itu akan disalahgunakan oleh pihak pembangkang.

Sungguhpun demikian, PMX kelihatan hanya ‘takut kepada Tuhan (Allah SWT)’; sama sekali tidak gerun kepada olah dan onar manusia.

Oleh sebab itu, banyak perkara baharu dilaksanakan Kerajaan Perpaduan sekalipun hal itu amat menyakitkan pendukung, terutama mematahkan serangan lawan, antaranya:

Pertama, kerajaan melaksanakan perkara yang tidak popular di mata rakyat tetapi diyakini akan memberi impak positif dalam jangka masa panjang

1.1 Bertegas ke atas pihak yang disyaki menyakau harta negara semenjak sekian lama dengan memiliki maklumat dan bukti jelas biarpun berhadapan ‘tekanan’ secara sulit dan terang-terangan daripada pihak tertentu;

1.2 Meneruskan hal berkaitan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) atas keyakinan bahawa tiada unsur ‘pengkhianatan’ terhadap kepentingan negara;

1.3 Melaksanakan subsidi diesel bersasar – suatu tindakan yang diakui sangat relevan oleh beberapa Perdana Menteri terdahulu, namun mereka enggan melakukannya pada zaman masing-masing kerana bimbang ‘dihukum’ oleh rakyat.

Kedua, kerajaan berlapang dada berhadapan dengan kerenah pembangkang yang cenderung memfitnah dan mencipta naratif jahat

2.1 Membiarkan rakyat menilai sendiri gelagat pembangkang yang menggunakan media sosial sebagai wadah menabur fitnah;

2.2 Terbuka menerima kritikan jahat beberapa pesohor propembangkang termasuklah mereka yang pernah kalah – ada yang melibatkan ratusan ribu ringgit – dalam kes saman fitnah, aktivis yang diketahui hanya tahu cari makan dengan perkara keji terutama memfitnah, dan artis yang kegiatannya sudah memasuki ‘zon sendu’;

2.3 Membiarkan sahaja – sekadar menegur dan menyapa – kumpulan anak muda propembangkang yang direstui dan dibiayai pihak tertentu mencipta konten siaran media sosial;

2.4 Mengambil pendekatan berhujah sama ada di parlimen mahupun di luar dewan itu dalam isu MAHB yang sengaja diperbesar dan diputar belit pembangkang;

2.5 Membiarkan rakyat melihat dan menilai sendiri gelagat ahli Parlimen pembangkang meroyan di Dewan Rakyat dengan hujahan dangkal, jahat, dan peniuh dengan fitnah.

Ketiga, kerajaan berhati-hati bertindak dalam isu 3R dan banyak menyerahkannya kepada pihak yang berkenaan memulakan tindakan

3.1 Membiarkan pihak berkuasa agama menegur penceramah agama tertentu dan penyokong pembangkang mengecam serta menyelar PMX berkaitan isu ‘Ashabul Kahfi’ atas maksud yang tidak pernah diniatkan sedemikian oleh Perdana Menteri.

3.2 Tidak terburu-buru bertindak ke atas pihak yang mendoakan keburukan ke atas pemerintah termasuklah dalam kes yang melibatkan ‘sesi doa Qunut Nazilah’ yang bacaannya diketuai Ahli Parlimen Jasin.

3.3 Membiarkan sahaja pimpinan pembangkang terutama Presiden Pas yang sangat gemar menggunakan agama untuk merosakkan reputasi kerajaan dan yang terbaharu isu gelaran ‘dajal’ kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

3.4 Menyerahkan isu ‘berkaitan Raja-Raja Melayu’ kepada pihak istana, umpamannya dalam kes kenyataan kurang sopan Presiden Bersatu kepada bekas Yang di-Pertuan Agong berkaitan isu ‘kecukupan jumlah akuan bersumpah’.

Demikianlah sebahagian bukti bahawa Kerajaan Perpaduan sangat terbuka dan berjiwa merdeka demi membimbing rakyat negara ini menjadi bijaksana selaras ajaran Islam.

Mampukah pembangkang menerima hakikat ini dan berubah ke arah kebaikan?

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak