Kabinet setuju naik elaun ‘on call’

PUTRAJAYA – Semakan semula kenaikan elaun pegawai pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan atau ‘on-call’ telah diluluskan mesyuarat Kabinet, baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berkata, kadar kenaikan elaun itu akan diumumkan dalam Belanjawan 2025.

“Memang kita sudah maklumkan kepada Kabinet. Kita sudah dapat maklum balas positif daripada Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

“Cuma, kita menantikan amaunnya… jawapannya adalah ya (permohonan semakan elaun ‘on-call’ diluluskan), keputusan sudah dibuat.

“Kalau amaun, kita kena tunggu masa bajet (Belanjawan 2025),” katanya selepas Majlis Pelancaran Projek MyGenom, di Shah Alam, hari ini.

Dzulkefly berkata, komitmen itu juga dibuat berdasarkan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan kebajikan penjawat awam khususnya petugas perubatan.

“Apabila Kabinet luluskan, ia akan dilaksanakan. Banyak dokumen dan rang undang-undang, kita akan buat berdasarkan perancangan.

“Kami (menteri) sebagai anggota Kabinet komited dan sejurus dapat komitmen daripada Kabinet, kita akan laksanakan,” jelasnya.

Terdahulu, Dzulkefly dilapor menyokong cadangan daripada Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) berhubung kadar elaun tugas ‘on call’ dan diangkat kepada perdana menteri untuk dipertimbangankan kelulusannya.

HDK sebelum ini menyatakan, semakan elaun doktor bertugas dalam panggilan perlu diselaraskan sejajar dengan penyelarasan gaji yang dilaksanakan bagi kakitangan awam seperti diumum perdana menteri.

Ini memandangkan kadar elaun berkenaan tidak disemak selama lebih sedekad, dengan kali terakhir disemak pada 2012.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET