Mangsa kebakaran Rumah Panjang Spencer Biju, Ulu Sebetan terus dibantu

SARATOK – Mangsa kebakaran Rumah Panjang Spencer Biju, Ulu Sebetan bersyukur setelah menerima bantuan untuk meringankan beban mereka.

Bantuan tersebut diserahkan oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Spencer Gon melalui Pemuda PDP Krian dan Pusat Khidmat Dun Krian.

Antara sumbangan yang diberikan ialah tong sampah plastik, peralatan elektrik dan juga minuman.

Jelas Spencer Gon, beliau menzahirkan penghargaan atas sumbangan berterusan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada mangsa-mangsa terbabit.

Sumbangan daripada orang ramai juga turut menyusul dan diharap melalui bantuan ini beban mangsa-mangsa dapat diringankan.

Difahamkan mangsa yang terlibat ditempatkan di penempatan sementara di Dewan Serbaguna Roban dan turut dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah kecil Roban, Polis Diraja Malaysia Daerah Saratok, Majlis Daerah Saratok, RELA, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Saratok dan Pejabat Kesihatan Saratok.

Related Posts

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

KANGAR – Polis mengklasifikasikan semula siasatan melibatkan penemuan rangka manusia di Bohor Mali di sini sebagai kes bunuh selepas penemuan kedua beberapa tulang dipercayai milik manusia di lokasi sama semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat