Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak dijangka siap Disember ini, pengambilan pelajar awal 2026 – Roland Sagah

SIBU – Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, memaklumkan sekolah antarabangsa Yayasan Sarawak (YSIS) cawangan ketiga dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember tahun ini setelah mendapati pembinaannya sudah mencapai 84 peratus siap.

Bagaimanapun, beliau menyatakan proses untuk mendapatkan Permit Menduduki (OP) dan proses lain mungkin memerlukan sedikit masa.

“Beliau berharap agar segala persediaan akan selesai pada suku pertama tahun depan dan membolehkan pengambilan pelajar bermula menjelang 2026,” ujarnya pada pemberita semasa melakukan lawatan kerja di tapak pembinaan YSIS pada Isnin.

Menurutnya, YSIS mampu menampung kira-kira 500 pelajar dan dilengkapi dengan kemudahan termasuk bilik asrama yang disediakan oleh kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak.

Pada pengambilan pertama, hanya kira-kira 100 pelajar akan diterima, dengan jumlah ini dijangka meningkat setiap tahun. Kemasukan adalah berdasarkan kuota iaitu 50 peratus akan diberi keutamaan kepada pelajar daripada golongan B40, 40 peratus kepada golongan M40, dan 10 peratus untuk golongan T20.

Selain itu, sekolah ini juga menekankan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi juga akan mempelajari bahasa Melayu dengan subjek wajib seperti Sejarah.

“Fokus utama adalah melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dalam bidang sains dan teknologi hijau, seiring dengan dasar kerajaan yang memacu penggunaan teknologi baharu,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung