Ringgit dibuka kukuh 28 bulan berturut-turut

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih kukuh pada 4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mencecah paras tertinggi hampir 28 bulan, apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) berada di landasan untuk penurunan kadar faedah, kata seorang penganalisis.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat 205 peratusan mata (pip) kepada 4.3515/3700 berbanding dolar AS daripada 4.3720/3775 pada penutup Jumaat lalu.

Paras penutupan tertinggi ringgit sebelum ini ialah 4.3520/3570, dicatatkan pada 29 April 2022.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ucapan pengerusi Fed, Jerome Powell semasa Simposium Jackson Hole, Jumaat lalu menunjukkan peralihan dasar daripada membendung risiko inflasi yang lebih tinggi kepada mengelakkan penurunan selanjutnya dalam pasaran buruh.

“Powell benar-benar jelas dalam ucapannya, mengatakan bahawa masanya telah tiba untuk dasar itu diselaraskan.

“Berdasarkan itu, hampir pasti mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada 17 hingga 18 September akan menyaksikan Fed memulakan pelonggaran monetarinya,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, Mohd Afzanizam berkata, ringgit dijangka terus meningkat berbanding dolar AS dan mungkin bergerak ke arah paras sokongan segeranya pada RM4.3000 hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.0231/0362 daripada 2.9914/9956 pada penutup pada Jumaat, susut berbanding euro kepada 4.8689/8896 daripada 4.8604/8665 pada akhir minggu lalu, dan susut nilai berbanding pound British kepada 5.7501/7745 daripada 5.7391/7463 sebelumnya.

Sebaliknya, ringgit menunjukkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Related Posts

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

KALABAKAN – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dijangka membolehkan Sabah menerima 40 peratus bahagian menerusi pelaksanaan projek fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG) di negeri ini. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

Status pelunasan zakat Tabung Haji sah, sempurna

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

PH Negeri Sembilan mangsa politik identiti kaum, agama

Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

  • By Aden
  • August 4, 2026
Himpunan RXZ Member catat 11 maut daripada 46 kes kemalangan

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah