Rafizi hadir sesi libat urus CCUS Pahang

KUANTAN – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bersama delegasi menghadiri sesi libat urus Pelaksanaan Inisiatif Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Carbon Capture, Utilisation And Starage – CCUS) di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

Sesi libat urus itu turut disertai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy melalui hantaran di Facebook miliknya berkata, sesi libat urus itu bertujuan membincangkan kaedah peralihan tenaga untuk membantu Malaysia dalam memenuhi aspirasi sifar bersih (Net Zero) dengan mengurangkan pelepasan karbon.

“Ini terutamanya dalam industri yang mengalami kesukaran untuk mengurangkan pelepasan karbon.

“Kuantan adalah satu daripada tiga lokasi pembangunan hub CCUS – selain Terengganu dan Sarawak – menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Negara,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan Pahang juga sedang dalam tindakan membangunkan Pelan Pahang Karbon Sifar Bersih 2030 (Pahang Net Zero 2030), cetusan idea Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Semoga Pelan Pahang Karbon Sifar Bersih 2030 dapat direalisasikan dan kerajaan Pahang sedang meneliti inisiatif yang boleh membantu bagi mencapai karbon sifar bersih seperti meneroka peluang pelaburan berasaskan ekonomi hijau, termasuklah CCUS,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun