Sarawak julang juara keseluruhan SUKMA 2024

KUCHING – Setelah 30 tahun penantian, kali ini Sarawak dinobatkan sebagai juara keseluruhan SUKMA 2024 pada Majlis Penutupan SUKMA.

Majlis penutupan SUKMA kali ini turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi tersohor, Ella.

Lagu ‘Standing in the eyes of the world’ oleh Ella sangat menyentuh jiwa kepada penonton yang hadir menyaksikan majlis pada malam Sabtu.

Selain itu, acara penutupan juga turut dimeriahkan dengan pertunjukan api dan kebudayaan Sarawak.

Mempertaruhkan sebanyak 37 jenis sukan yang diadakan di sembilan bahagian di Sarawak, ternyata SUKMA kali ini menjanjikan kelainan berbanding acara SUKMA sebelum ini.

Setiap bahagian yang dibahagikan mempunyai sukan yang berbeza tetapi tumpuan utama tetap diberikan kepada kluster Kuching yang mempertaruhkan sebanyak 23 jenis sukan.

Selain itu, SUKMA kali ini juga turut menyampaikan anugerah kepada atlet cemerlang yang berjaya mencipta rekod baharu terutama pecah rekod kebangsaan.

Antaranya, atlet renang Andrew yang berjaya mengakhiri aksi pada SUKMA kali ini dengan meraih lima pingat emas dan memecahkan tiga rekod kebangsaan serta lima rekod temasya lain.

Atlet acara menembak, Chen Jie pula berjaya menyapu bersih semua emas dalam tujuh acara yang disertai dalam sukan menembak sekali gus mencatat dua rekod baharu dalam acara tersebut.

Kedua-dua atlet membawa pulang piala berserta wang tunai berjumlah RM2,000.

Selain itu, pihak yang turut bertungkus-lumus menjayakan acara sukan adalah sukarelawan am yang sentiasa bersedia membantu.

“Bukan tugas yang mudah, namun kami tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan,” ujar sukarelawan SUKMA Sheyllina Muhammad.

Sheyllina turut berterima kasih juga kepada Sekretariat Sukma diatas kursus yang diberikan sebelum berlangsungnya SUKMA kali ini.

“Sekurang-kurangnya melalui kursus tersebut, kami selaku sukarelawan am faham dan jelas dengan tugasan yang diberikan.

“Selain itu, saya gunakan peluang ini sebagai pengalaman manis yang tidak akan saya lupakan selain berbakti kepada Ibu Pertiwi,” ujar Sheyllina lagi.

Mengimbau kembali zaman kegemilangan SUKMA di Sarawak pada 1990 yang juga merupakan tahun pertama Sarawak diangkat menjadi juara SUKMA. Seterusnya pada 1992 dan 1994.

Sementara itu, perbezaan hanya satu mata pingat emas di antara Sarawak dengan Wilayah Persekutuan kali ini sangat sengit namun rezeki lebih memihak kepada tuan rumah.

Chef-de-Mission Kontinjen Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awang Redzuan tampil menyambut piala daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Anwar berkata Sarawak mempunyai keupayaannya menerusi prasarana dan pasukan yang baik.

“Saya yakin Sarawak mampu menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2026 kelak.

“Dengan ini, kami akan mengesahkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet Kerajaan Madani pada Rabu depan,” jelas Anwar sebelum mengakhiri ucapan penutupan majlis tersebut.

Pada masa yang sama, beliau turut memuji kehebatan majlis pembukaan SUKMA yang berlangsung pada 17 Ogos lalu yang dikatakan setaraf Sukan Olimpik di Paris.

Related Posts

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

KERAJAAN Pahang melalui Majlis Sukan Pahang memperuntukkan perbelanjaan RM12 juta bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026. “Peruntukan ini membabitkan pembangunan atlet, latihan pusat, program pelapis, kejurulatihan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Salah sah sertai Trabzonspor

TRABZONSPOR mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir, Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 juta (AS$19.6 juta) semusim, lapor Anadolu Ajansi. Anak syarikat bola sepak Trabzonspor yang merupakan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji