Anak muda perlu manfaatkan masa lapang dengan aktiviti sukan – Awla Dris

KOTA SAMARAHAN – Aktiviti bersukan sememangnya sangat penting untuk memupuk gaya hidup sihat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata anak muda perlu memanfaatkan masa lapangan mereka dengan gaya hidup sihat.

“Melalui penganjuran karnival futsal, anak muda dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti bermanfaat,” ujar beliau

“Saya berharap acara seperti ini dapat menarik minat anak muda mendekati sukan futsal selain memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Futsal Madani 2024 di Arena Sri Nancy, Simunjan, pada Ahad.

Sementara itu, Pengerusi Karnival Futsal Madani, Abdul Muhtalip Tegak menjelaskan karnival ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Junior Cup U-16 untuk remaja bawah 16 tahun dan kategori Dewi Futsal bagi wanita .

Menurut Abdul Muhtalip, Edisi ke-5 karnival ini diadakan di Simunjan dengan penyertaan 16 pasukan dalam kategori remaja bawah 16 tahun dan enam pasukan dalam kategori wanita, dengan pasukan yang datang dari Lundu, Serian, Kuching, Gedong, Sadong Jaya, Samarahan, dan Simunjan.

“Bagi kategori remaja, juara akan menerima wang tunai RM550 bersama piala dan pingat, manakala naib juara akan mendapat RM350 bersama piala dan pingat.” ujar Abdul Muthalip.

Bagi kategori wanita, jelas Abdul Muthalip, juara akan menerima wang tunai RM500 bersama piala dan pingat, manakala naib juara akan mendapat RM300 bersama piala dan pingat.

Related Posts

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

MUKAH – Perairan Mukah dipilih sebagai lokasi Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) Tahap 3 2026 yang menghimpunkan 160 peserta daripada 20 agensi bagi menguji kesiapsiagaan kecemasan maritim.  Latihan berskala besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

KUCHING – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan merakam video dengan niat mengaibkan kehormatan seorang wanita di Festival Makanan Kuching MBKS, pada Sabtu malam lalu.   Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Mukah himpun 160 pakar maritim jayakan latihan SAREX 2026

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis tahan suspek rakam video aibkan wanita di Festival Makanan Kuching

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Polis siasat gangguan tidak senonoh di Taman Hill Top, Luyang

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang