UMNO tegur Pas, yang Dajal adalah mereka

KUALA LUMPUR – UMNO menegur kenyataan yang dilemparkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menggelarkan parti itu ‘lebih dajjal daripada dajjal’.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara sinis menyatakan Pas, khususnya Timbalan Pengerusi PN itu seharusnya ‘mencermin diri’ terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak berasas.

Menurutnya, kenyataan itu seperti perumpamaan paku dulang, paku serpih, yang menggambarkan parti itu sebenarnya yang lebih dajjal daripada dajjal.

“Yang dajal itu adalah mereka (Pas),” katanya ringkas kepada media ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Sebelum ini, Abdul Hadi melalui tulisannya dalam Minda Presiden Pas bertajuk ‘Politik, Bohong dan Kebendaan Tetap Menjadi Pilihan UMNO-Pakatan Harapan (PH)’ mendakwa kerajaan di bawah pemerintahan UMNO dan PH adalah ‘dajal’.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa UMNO sudah rosak bersama PH meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda yang utama bagi menegakkan serta mempertahankan kerajaannya.

Jelasnya, kerajaan membeli rakyat dengan wang dan kebendaan supaya dapat meraih sokongan dan pada masa sama menindas pembangkang dengan menafikan peruntukan kewangan yang diwajibkan mengikut agama serta amalan demokrasi.

Abdul Hadi turut mendakwa, politik Dajal turut digunakan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Terdahulu, Majlis Ulama UMNO Malaysia (MUU) mengeluakran kenyataan bahawa tuduhan tersebut akan mengulangi siri pertembungan kedua-dua parti seperti awal tahun 80-an yang telah merosakkan persaudaraan Islam selama puluhan tahun.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor