Tun Ali Rustam bapa perpaduan buat rakyat Melaka

AYER KEROH – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam disifatkan sebagai bapa perpaduan dan pemimpin yang amat menitikberatkan aspek jati diri serta semangat cintakan negara.

Ia dapat dilihat menerusi suntikan idea dan pandangan yang sering diberikan dalam penganjuran Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Walaubagaimanapun, hanya 3 yang terbaik sahaja dari setiap kategori akan dipertandingkan secara langsung pada 12 September ini di Ballroom MiTC.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pertandingan yang memasuki edisi kelima itu semakin mendapat perhatian ramai apabila pelbagai pendekatan baharu diperkenalkan hasil buah fikiran Tun Dr. Mohd Ali.

“Tun Dr. Mohd Ali seorang yang berjiwa rakyat dan amat menyokong sebarang bentuk penganjuran program membabitkan penglibatan masyarakat pelbagai kaum demi memastikan keharmonian dapat dicapai di negeri ini.

“Secara peribadi sebagai Exco, saya melihat Tun Dr. Mohd Ali seorang yang senang untuk berkongsi pandangan dan pendapat contohnya bagi penganjuran pertandingan pidato ini, di mana ia menjadi semakin menarik dan mendapat sambutan hebat hasil idea yang dicurahkannya,” katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya itu, Tun Dr. Mohd Ali juga menjadi bukti pemimpin berjiwa rakyat apabila sering turun padang menziarahi rakyat yang ditimpa kesusahan meskipun berdepan jadual harian yang padat.

“Seperti yang kita lihat aktiviti harian Tun Dr. Mohd Ali sentiasa dikelilingi rakyat sama ada beliau menziarahi rakyat atau hadir ke program tanpa perlu protokol.

“Beliau juga masih mudah didekati, sama seperti ketika beliau menjadi Ketua Menteri Melaka suatu ketika dulu.

“Malah, Tun Dr. Mohd Ali juga amat peka terhadap pembangunan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang banyak membawa perubahan,” katanya.

Related Posts

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

SUNGAI PETANI – Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 nanti diharap menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Menteri Belia dan Sukan, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

TAWAU – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bercadang mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Wanita di Pantai Timur Sabah bagi memperluaskan lagi capaian program pembangunan wanita di kawasan berkenaan. Pembantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan