Zahid beri bayangan UMNO tidak bergerak solo PRU16

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan parti itu tidak akan bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan sokongan ahli UMNO semata-mata tidak mampu untuk memberi kemenangan kepada parti itu berikutan menjadi penentu adalah pengundi yang mahukan kestabilan politik dan matang diperkasakan di Malaysia.

“Jika sebelum ini kita mengambil pendekatan ‘go solo’, adakah ia merupakan langkah terbaik dalam keadaan politik semasa? Berdasarkan data dan sentimen sekarang, apakah kelebihan yang kita ada. Dengan pertambahan pengundi baharu pula, dapatkah kita menguasai persepsi mereka.

“Ahli UMNO sahaja tidak mampu memenangkan kita. Yang menjadi
penentu adalah pengundi di luar sana, jauh lebih besar peratusannya. Yang jauh lebih ramai jumlahnya,” katanya pada Ucapan Dasar Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Justeru itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO mesti keluar dari “echo chamber” dan zon selesa, selain berani berdepan dengan idea baharu dan perspektif yang
beragam agar parti tetap relevan dalam lanskap politik yang semakin
kompleks.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan perwakilan UMNO bahawa parti itu kini bukan lagi dominan seperti sebelum ini.

“Jangan terbuai dengan fitnah dan tohmah pihak lawan sehingga kita menanam kesangsian sesama sendiri. Jangan leka dengan sedikit kuasa yang ada sehingga kita lupa akan tugas memperkuatkan parti.

“Jika kita ingin membentuk persefahaman pula, apakah bentuk kerjasama yang hendak diterjemahkan. Apakah kerjasama sebelum memasuki gelanggang pilihan raya atau selepas pilihan raya barulah dibuat pertimbangan.

“Kesemua ini memerlukan percaturan semasak-masaknya. Sebagai parti yang membentuk sebuah negara bangsa,
apa pun pencak politik atau langkah hendak diambil, kepentingan negara dan rakyat adalah prasyarat yang tidak akan
kita korbankan,” katanya.

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017