Amazon Iktiraf Ekonomi Madani – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman pelaburan oleh Amazon Web Services (AWS), anak syarikat Amazon.com Inc di Malaysia.

Menerusi akaun media sosial Facebook rasmi, Anwar berkata, pelaburan AWS ini sekaligus menonjolkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan ekonomi dari segi potensi pelaburan baharu ini dan inovasi daripada pemindahan dan pembelajaran teknologi.

Beliau berkata, pelancaran AWS Asia Pacific (Malaysia) Region merupakan komitmen pelaburan jangka panjang berjumlah RM29.2 bilion.

“Ini susulan beberapa pelaburan lain yang telah diumumkan sejak Disember 2023 oleh peneraju teknologi global seperti NVIDIA, Google, Microsoft, Infineon dan banyak lagi.

“Pelaburan ini adalah pengiktirafan terhadap kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Madani dalam mewujudkan dan merangka persekitaran pelaburan yang menarik, terbuka dan telus,” katanya di Facebook pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar berkata, AWS juga telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Awan dengan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan teknologi awan dalam sektor awam.

Katanya, syarikat teknologi awan global itu akan melabur dalam pembinaan pusat data fizikal di Malaysia dan termasuk antara 34 wilayah dalam peta infrastruktur global Amazon.

“Lebih 3,500 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia akan diwujudkan secara langsung daripada pembinaan pusat data baharu ini.

“Pekerjaan ini yang merangkumi bidang pembinaan, penyelenggaraan, kejuruteraan, telekomunikasi dan bidang lain dalam ekonomi kita, akan menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan bernilai tinggi AWS,” ujarnya.

Pada Khamis, AWS melancarkan wilayah infrastruktur AWS Wilayah Asia Pasifik (Malaysia) dan merancang pelaburan kira-kira AS$6.2 bilion (kira-kira RM29.2 bilion) di Malaysia sehingga 2038.

Menurut syarikat itu dalam kenyataan, pemaju, syarikat pemula niaga, usahawan, perusahaan, kerajaan, pendidikan dan pertubuhan bukan berkeuntungan akan mempunyai pilihan lebih luas dalam mengendalikan aplikasi selain berkhidmat kepada pengguna dari pusat data AWS di Malaysia.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM