SUKMA: Rumpun Silat Sarawak bantah keputusan suku akhir pencak silat

MIRI – Beberapa penonton melakukan protes dengan membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang semasa saingan suku akhir antara pesilat tuan rumah dan peserta dari Wilayah Persekutuan di Stadium Bandaraya Miri.

Insiden tersebut berlaku kerana penonton tidak berpuas hati dengan sistem pemarkahan yang dikatakan mengalami masalah teknikal menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal dan memaksa perlawanan dihentikan serta-merta.

Susulan insiden tersebut, Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi Rumpun Silat Sarawak (MKT RSS) mengeluarkan kenyataan rasmi memutuskan beberapa perkara penting.

Menurut Setiausaha Agung RSS, Abbas Hamzah Muhd Haneef, pihak MKT RSS menafikan keputusan perlawanan No. 177 yang diumumkan semasa sidang media.

“MKT RSS mohon mengkaji semula keputusan perlawanan suku akhir antara pesilat Sarawak Iman Syakilla Mahdi dengan pesilat Wilayah Persekutuan Nurin Alyaa Damia, kata Abbas.

Selain itu, MKT RSS juga mencadangkan agar peralatan dan kelengkapan pemarkahan teknikal diperbaiki dan diselenggara dengan baik untuk memastikan penilaian yang adil dan saksama pada masa hadapan.

“Pihak kami berharap kebajikan pertandingan ini dapat diadili dengan lebih adil dan saksama kepada semua pasukan,” ujar Abbas.

Beliau mengulas lebih lanjut berkenaan kekecohan yang berlaku adalah situasi yang terkawal dan bukan rusuhan seperti yang dilaporkan di media sosial.

Susulan itu, jelas Abbas, MKT RSS berharap larangan penonton ke stadium diminta ditarik balik segera dengan meningkatkan kawalan keselamatan untuk memastikan perjalanan pertandingan selamat

“Ini termasuk meraikan penyokong yang hadir dari seluruh Malaysia,” kata Abbas lagi.

“MKT RSS berharap langkah yang sesuai diambil untuk memastikan acara Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 berjalan dengan lancar.

Related Posts

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

MOHAMAD Aniq Kasdan menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas muncul juara kategori 60 kilogram (kg), lewat petang tadi. Atlet berusia 24 tahun itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

SKUAD Harimau Malaya membuka kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan selepas menumbangkan Myanmar 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thuwunna, malam tadi. Kebangkitan pada babak kedua jelas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat