Polis jangan sekat media buat liputan, kata Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak menyekat mana-mana media dalam membuat liputan program agensi berkenaan.

Anwar turut memberi jaminan akan menghubungi pihak PDRM bagi menangani perkara itu.

“Soal media saya akan hubungi PDRM segera supaya jangan ada mana-mana sekatan kepada media sebagaimana berlaku pada Malaysiakini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan amanat kepada warga penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Nengeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini.

Semalam, Malaysiakini dilarang membuat liputan acara polis di Kuala Lumpur yang sepatutnya turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Acara ‘PDRM Special Dialogue II’ bermula dengan perbincangan tertutup antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan pemegang taruh, antaranya agensi penguatkuasaan undang-undang lain bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun Malaysiakini menerima undangan menerusi emel daripada Bukit Aman – dengan portal itu membalas undangan pada hari sama serta menyertakan maklumat dua wartawan ditugaskan ke acara terbabit.

Menurut pegawai itu, proses saringan dibuat dan mereka yang menerima emel undangan kedua pada 21 Ogos sahaja dibenarkan membuat liputan.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji