Fahmi tawar diri jadi Presiden KLFA

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menawarkan diri untuk bertanding sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Fahmi yang membuat pengumuman tersebut melalui platform TikTok memperkenalkan barisan pasukannya yang antaranya terdiri daripada Pengarah KL United Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar sebagai calon timbalan presiden KLFA.

Beliau berkata, pihaknya turut mencalonkan jawatan naib presiden KLFA kepada Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin serta Datuk Mohd Razlan Rafii yang merangkap Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Hasrat kami untuk martabatkan kelab-kelab gabungan, memastikan KLFA diurus dengan lebih baik, lebih mapan supaya bola sepak di Kuala Lumpur lebih maju,” katanya.

Jawatan Presiden KLFA ketika ini dipangku Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad meletak jawatan Mac lalu.

Kongres pemilihan baharu jawatankuasa KLFA dijadual berlangsung 7 September ini.

Related Posts

United tersingkir saingan Piala Carabao, kalah 2-3 kepada Brighton

MANCHESTER United mengalami satu lagi episod memalukan apabila tersingkir daripada saingan Piala Carabao selepas tewas 2-3 kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi pusingan ketiga di Old Trafford awal pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah