Sidang DUN Melaka tentukan nasib ADUN Rembia

KEDUDUKAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhammad Jailani Khamis akan ditentukan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung November depan selepas beliau menyerahkan bukti berkenaan seperti mana diminta Speaker DUN.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Jailani masih gagal membuktikan penyertaannya ke dalam Pas seperti mana didakwa sejak 10 Jun tahun lalu.

“Pihak Setiausaha DUN melalui yang berhormat Speaker DUN telah pun memberikan maklum kepada mereka, kepada ADUN Rembia supaya menghantar surat dan sijil keahlian Pas secara rasmi ke pejabat Speaker yang telah tamat pada 28 Julai yang lepas.

“Sampai hari ini kita tidak menerima warkah rasmi daripada ADUN Rembia,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC) Kuala Lumpur, pada Khamis.

Pada 16 Julai lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhammad Jailani telah sah menjadi ahli Pas.

Menurut Takiyuddin, penyertaan Jailani ke dalam Pas tidak akan menjejaskan kedudukan ADUN terbabit, yang sebelum ini digantung keahliannya daripada UMNO.

Pada hari yang sama, Speaker DUN Melaka, Ibrahim Durum dilaporkan berkata pihaknya belum mendapat surat rasmi daripada Adun berkenaan berhubung penyertaannya ke dalam parti Islam itu.

Ibrahim berkata dia akan menunggu surat rasmi berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, Muhammad Jailani perlu menjawab surat berkenaan sebelum sidang DUN bermula bagi membolehkan kedudukannya dalam dewan dapat ditentukan.

“Kita tunggu persidangan DUN… kita (juga) telah hantar surat kepada pihak Pas untuk dapatkan pengesahan,” katanya lagi.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPBD Tawau isyitihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isyitihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung