Wakil rakyat kerajaan jangan melebihi garis merah

KECENDERUNGAN sesetengah wakil rakyat blok kerajaan melakukan kritikan terbuka ke atas kepimpinan negara dan sering cari pasal dengan rakan-rakan seperjuangan perlu dihentikan.

Gesaan ini dibuat kerana tingkah laku sedemikian boleh mengundang kesan negatif kepada keutuhan Kerajaan Perpaduan.

Tanpa perlu disebut nama wakil rakyat tersebut serta parti masing-masing, didapati bahawa kerap tindakan mereka ibarat memberi bola tanggung kepada pihak lawan.

Kritikan melampau ke atas Perdana Menteri dalam isu tertentu oleh seorang ahli Parlimen secara berterusan digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak kompeten.

Hal itu sangat mustajab kepada usaha pembangkang membakar hati rakyat untuk menentang kerajaan.

Pembangkang turut menggunakan sikap ahli Parlimen itu sebagai bukti bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai sokongan penuh daripada ahli Parlimen bloknya sendiri.

Tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kerap cari pasal dengan wakil rakyat lain dalam kerajaan menimbulkan suasana tidak harmoni.

Keadaan itu kerap mengundang perbalahan terbuka sehingga timbul isu hiliran termasuklah hal yang bersifat “tabu!”

Kerana mahu dilihat sebagai pejuang agama dan bangsa oleh sebahagian besar rakyat, wakil rakyat tersebut kerap mengeluarkan kenyataan melampau, keras, dan tajam untuk disesuaikan dengan kehidupan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Semua itu sebenarnya sangat memualkan bagi rakyat yang rasional.

Percayalah bahawa sikap sedemikian sangat tidak bagus diteruskan.

Ingatlah bahawa anda merupakan ahli Parlimen dan ADUN; ada batas dan garis yang perlu dipatuhi.

Anda bukan rakyat biasa yang segala cakapnya tidak terlalu berpengaruh ke atas individu lain.

Seharusnya anda lebih selektif dalam menguruskan permasalahan ini dan jangan melebihi garis merah itu.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak