Orang Melayu tak boleh selamanya harap pemimpin Melayu akan jaga nasib bangsa – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Orang Melayu perlu memupuk sikap kebergantungan kepada diri sendiri tanpa mengharapkan pemimpin-pemimpin Melayu yang semakin ‘hanyut’.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali berkata, sesetengah pemimpin-pemimpin Melayu tidak lagi mempunyai kredibiliti sebagai ketua sehingga nasib bangsa Melayu seolah-olah hilang arah tuju.

“Orang Melayu hari ini perlu ada sikap kebergantungan kepada diri sendiri dimana harus menjadi cekal dan berani menghadapi masalah serta cabaran.

“Tidak boleh lagi bergantung pada pemimpin kerana pemimpin Melayu tidak boleh diharapkan,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di Ibu Pejabat Putra pada Rabu.

Ibrahim yang juga merupakan veteran politik berkata, orang Melayu juga tidak boleh berfikiran selesa memegang prinsip bahawa nasib Melayu akan sentiasa terbela apabila dipimpin oleh bangsa sendiri.

Katanya, orang Melayu ini di Malaysia ini seperti “telur dihujung tanduk” ertinya telur itu boleh pecah dan jatuh bila-bila masa.

“Sebab selama ini pemimpin-pemimpin Melayu yang diharap memartabatkan orang Melayu tetapi apa yang dilakukan oleh mereka selama ini tidak lebih daripada “menang sorak kampung tergadai”, jadi inilah nasib Melayu.

“Nasib Mat Jenin yang akan menjadi kenyataan yang duduk dalam khayalan kononnya ada kuasa politik semua dipimpin oleh orang Melayu dan akan sentiasa merasa selamat tetapi hari demi hari makin reput kerana kekuatan sesuatu bangsa bukan ada di tangan pemimpin,” katanya.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti