Bomba lupuskan tumpahan merkuri di KKIA

KOTA KINABALU –  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) melupuskan tumpahan cecair merkuri berbahaya yang berlaku di Terminal Penerbangan Minyak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.50 pagi sebelum menghantar lima anggota bomba ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 6.57 pagi mendapati berlaku tumpahan merkuri disebabkan insiden termometer pecah di luar bangunan Terminal Penerbangan Minyak Petronas, jalan MAS Kargo, KKIA.

“Cecair merkuri berkenaan dilupuskan pasukan bomba dengan memakai set pakaian pelindung diri (PPE) sebelum dibersihkan menggunakan ‘Chemical Binder’ dan dimasukkan ke dalam bekas khas kemudian diserahkan kepada pihak keselamatan bangunan bagi tindakan pelupusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat kecederaan dan operasi ditamatkan pada pukul 7 pagi selepas keadaan telah dipastikan selamat.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP