Tindakan Muhyiddin tidak bermaruah

KUANTAN – PKR Pahang menyifatkan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengheret Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Sultan Pahang, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam pentas politik sebagai tidak bermaruah.

“Tindakan beliau mengheret institusi diraja ke dalam politik adalah tidak bermaruah dan terdesak demi meraih undi.

“Pembohongan ini secara tidak langsung menghina dan mempersoalkan kredibiliti institusi diraja,” kata Pengerusi PKR Pahang, Senator Fuziah Salleh.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Muhyiddin pada 15 Ogos yang mempersoalkan ‘keupayaan’ Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Muhyiddin dipercayai membangkitkan persoalan itu ketika berceramah di Felda Perasu semasa pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri.

Semalam Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah meminta seorang pengguna X memberi penghormatan yang sewajarnya kepada suaminya, Al-Sultan Abdullah.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam satu kenyataan awal hari ini, mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap Muhyiddin.

Dalam pada itu, Fuziah menggesa rakyat Pahang membuat laporan polis terhadap Muhyiddin.

Muhyiddin dijadualkan akan dirakam keterangan esok di Bukit Aman, berhubung ucapannya itu.

Related Posts

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang gabungan itu di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Pengerusi BN,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sudah tiba masa UMNO akui kelemahan dan salah urus Tabung Haji – KJ

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpandangan sudah tiba masanya parti itu mengakui kelemahan dan kegagalan tadbir urus Tabung Haji (TH) selepas mempertahankan pendiriannya sepanjang kempen Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan

Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan