‘Hantu’ peras ugut pengguna jalan raya diberkas polis

JOHOR BAHRU – Seorang wanita dipercayai menyamar sebagai hantu sejak tiga minggu lalu bagi tujuan memeras ugut pengguna jalan raya akhirnya ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, gelandangan berusia 31 tahun itu diburu polis sejak videonya pada 27 Julai lalu memaparkan dirinya menyergah pengguna jalan raya sekitar kawasan Jalan Austin Heights Utama di sini.

“Sebaik menerima laporan, polis telah membuat rondaan bagi tujuan mengesan dan menahannya, bagaimanapun beberapa kali gagal kerana individu terbabit melarikan diri.

“Bagaimanapun semalam, kita berjaya memberkas suspek di lokasi berkenaan. Siasatan awal mendapati, wanita itu menyamar sebagai ‘hantu’ serta mengilai bertujuan menakut-nakutkan pengguna jalan raya sebelum menyergah serta menendang mana-mana kenderaan sebelum bertindak seolah-olah dilanggar.

“Sebaik mendakwa dirinya ‘dilanggar’, wanita itu akan memeras ugut pemandu kenderaan bagi meminta wang sebagai ganti rugi kerana kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Raub, semakan rekod lampau, suspek mempunyai satu rekod jenayah di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan sudah didenda RM1,000 pada 27 Jun 2018.

Katanya, ujian saringan awal air kencing pula mendapati suspek negatif dadah.

“Kita juga membuat semakan rekod perubatan dan mendapati suspek pernah dimasukkan ke Zon Kuning Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 2022 dan 2023 kerana kemalangan dan mengalami kemurungan.

“Pagi tadi, kita merujuk suspek ke HSI untuk pemeriksaan lanjut berkaitan kesihatan mentalnya dan masih menunggu keputusan,” katanya.

Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Peruntukan 23 Peraturan-peraturan Lalu Lintas Jalan 1959.

Pada masa sama, Raub mengingatkan mana-mana pengguna jalan raya yang pernah menjadi mangsa pemerasan oleh suspek supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

“Kita juga berharap, dengan tangkapan yang dibuat ini, dapat meredakan rasa takut orang ramai untuk keluar malam dan menggunakan jalan berkenaan,” katanya.

Related Posts

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

SUNGAI PETANI – Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 nanti diharap menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Menteri Belia dan Sukan, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

TAWAU – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bercadang mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Wanita di Pantai Timur Sabah bagi memperluaskan lagi capaian program pembangunan wanita di kawasan berkenaan. Pembantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan

Maritim Pahang rampas bot nelayan Vietnam, hasil tangkapan