Ke mana Ustaz Wadi selepas Nenggiri?

KETIKA gabungan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan nama Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon mereka di Nenggiri pada 29 Julai lalu, ramai juga yang terkejut.

Apatah lagi Mohd Rizwadi atau Ustaz Wadi itu mewakili Bersatu dan bukannya Pas.

Sedangkan sejak sekian lama, Ustaz Wadi lebih terkenal sebagai aktivis Pas dan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang.

Selepas 24 jam nama Ustaz Wadi disebut sebagai calon, maka keluarlah cerita kononnya bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu baharu menyertai Bersatu – dua hari sebelum nama dia diumumkan sebagai calon – atas alasan kerusi berkenaan ‘milik’ Bersatu.

Difahamkan ‘lompatan’ Ustaz Wadi daripada Pas ke Bersatu mendapat restu pucuk pimpinan parti.

Maka, bermulalah tugas Ustaz Wadi menjelajah ke seluruh pelusuk Nenggiri memperkenalkan diri sebagai calon Bersatu mewakili PN.

Sesekali, dia kelihatan kekok untuk berbuat demikian, memandangkan dia sudah terlalu lama bersama Pas.

Dalam keadaan itu, pengundi sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri terpaksa menerima keadaan politik dinamik yang sedang cuba dibawa PN ke situ.

Walaupun dalam diam ada segelintir pengundi mengharapkan pemimpin muda Bersatu, Sun Najaman Muhamad yang menjadi calon.

Proses untuk membiasakan diri 20,259 pengundi menerima Ustaz Wadi yang bukan lagi ahli Pas tapi sudah menjadi ahli Bersatu dan mewakili PN mengambil masa.

Tempoh kempen dua minggu belum cukup dan akhirnya Ustaz Wadi ‘terkorban’ akibat peraturan politik kurang cermat oleh pimpinan PN.

Jumlah majoriti diperoleh wakil rakyat Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sangat besar dan terlalu di luar jangkaan.

Dan hari ini, pengundi di Nenggiri sudah mendapat wakil rakyat baharu mereka.

Manakala kedudukan Ustaz Wadi pula masih belum jelas, sama ada dia akan kekal dalam Bersatu sehingga pilihan raya umum akan datang, atau kembali ke pangkuan Pas – parti yang sudah puluhan tahun menguasai negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga.

“Hanya mereka yang ‘buta al-Quran’ sahaja meninggalkan perjuangan Pas,” kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan dibuat pada tahun 2017.

Presiden Pas itu berkata, golongan yang meninggalkan parti itu kerana terpengaruh dengan politik yang tidak membawa mereka kepada perjuangan sehingga akhirat.

Dan jika direnung kembali kenyataan Abdul Hadi itu, hampir pasti Ustaz Wadi akan kembali bersama ‘jemaah Islam’.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

PUTRAJAYA – Mekanisme seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar diwujudkan menerusi Akta Sabotaj Ekonomi Negara bagi mempercepat proses siasatan dan tindakan terhadap pihak yang terbabit rasuah, salah guna kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas