Pasangan warga emas rentung selamat dikebumikan

MUAR – Pasangan warga emas yang turut maut dalam kebakaran di Kampung Sekolah Paya Redan, Pagoh di sini, Jumaat lalu, selamat dikebumikan hari ini.

Jenazah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isterinya, Ara Abd Hamid, 76, dikebumi di sebelah pusara cucunya Noradriana, 11, yang turut terkorban dalam insiden tragis itu di Tanah Perkuburan Islam Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Raden, Pagoh, di sini.

Sebelum itu, jenazah yang masih berada di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dituntut ahli keluarga untuk disemadikan sekitar jam 10 pagi.

Proses tuntutan jenazah mengambil sedikit masa berikutan keadaan kedua-dua mangsa rentung lebih 80 peratus sekaligus memerlukan keputusan laporan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Kira-kira 200 ahli keluarga, sanak saudara dan juga penduduk kampung hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Terdahulu, kebakaran itu mengorbankan nyawa warga emas berkenaan serta cucunya berusia 11 tahun.

Bagaimanapun mangsa warga emas yang rentung dalam kebakaran berkenaan dikesan turut mempunyai unsur kecederaan manakala punca kematian Noradriana yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar disahkan akibat cedera dipukul objek tumpul.

Tragedi itu turut menyebabkan seorang lagi cucu perempuan mereka yang berusia 14 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di HPSF.

Susulan itu, polis yang mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut pada awalnya menahan anak pasangan terbabit berusia 48 tahun yang dilaporkan lari ketika kejadian dan menukar siasatan kes kepada 302 kanun keseksaan kerana membunuh setelah mendapati terdapat elemen jenayah dalam tragedi tersebut.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat