Kalaulah Sun Najaman jadi calon PN Nenggiri…

KURANG 48 jam lagi, pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan memilih wakil rakyat baharu.

Sehingga saat terakhir ini, penduduk di sekitar kampung Sungai Asap yang terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Gua Musang masih belum faham kenapa Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan Sun Najaman Muhamad sebagai calon.

Walaupun diketahui secara umum bahawa Sun Najaman lebih dikenali bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat, namun Mohd Rizwadi Ismail juga menjadi pilihan PN.

Sudahlah kerusi DUN itu sepatutnya diberi kepada Bersatu, sedangkan Mohd Rizwadi asalnya daripada Pas.

Khabarnya, Mohd Rizwadi ‘terpaksa’ masuk Bersatu untuk diberi tempat sebagai calon.

Ini kerana pada asalnya Bersatu seharusnya mencalonkan anak Nenggiri bagi pilihan raya kecil (PRK) itu.

Maknanya, kalau PN nak kekalkan kerusi itu, kena letak calon dalam kalangan anak tempatan.

Sejak awal lagi, Bersatu memang mahu Sheikh Razali Hamad dan Sun Najaman sebagai calon.

Namun, perkara itu mendapat bantahan keras daripada ‘seorang ahli baharu Pas yang sangat berpengaruh’.

Dalam masa sama, Sun Najaman juga dikatakan sudah dibawa ke Kuala Lumpur bertemu pimpinan tertinggi Bersatu untuk diberikan sokongan sebagai calon Nenggiri.

Sun Najaman adalah anak tempatan berasal dari Kesedar Sungai Asap dan calon paling layak mewakili PN.

Majoriti pemimpin PN juga mahu Penggawa Dabong, Kuala Krai itu diberi kepercayaan mewakili Bersatu dalam PRK berkenaan.

“Sun Najaman lebih bagus dicalonkan pada PRK ini kerana dia anak peneroka dan PN boleh gunakan kelebihan itu untuk mengekalkan kerusi DUN Nenggiri.

“Dia ada diploma dalam perakaunan dan ramai yang mahu Sun Najaman,” kata seorang pemerhati politik tempatan.

Namun, impian melihat anak muda Sungai Asap itu menjadi calon berkecai selepas PN mengumumkan nama Mohd Rizwadi.

Difahamkan, pemilihan Mohd Rizwadi hanyalah sekadar untuk memuaskan hati ‘seorang pemimpin Pas yang berpengaruh’ itu.

Di samping ramai curiga dalam kalangan pimpinan Pas lain terhadap tahap kesetiaan ahli Bersatu jika diberi peluang menjadi calon.

“Maknanya, Pas adalah ‘tuan tanah’ di Nenggiri dan Bersatu hanya boleh menumpang tuah sahaja… tak boleh bersuara atau membuat keputusan,” katanya.

Dan kalaulah Sun Najaman menjadi calon mewakili PN di Nenggiri, mungkin Mohd Azmawi berdepan tugas lebih sukar untuk merampas kerusi itu.

Related Posts

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

KERJASAMA politik antara parti di Malaysia wajar diberikan lebih fleksibiliti selepas pilihan raya bagi membolehkan pembentukan kerajaan dibuat berdasarkan keputusan mandat rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

Pertemuan diplomat AS dengan pembangkang perkara biasa dalam diplomasi – Penganalisis

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita