Kafir harbi: Drama jelik Perikatan Nasional

PENGARAH Pilihan Raya blok Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri – Tan Sri Annuar Musa jelas sedang merapu berkaitan isu ‘kafir harbi’ yang dilemparkan kepada DAP baru-baru ini.

Di sebalik tindakan PN menggantung tugas pengerusi satu majlis ceramah politik pihak berkenaan, Annuar bertegas bahawa tiada keperluan mereka memohon maaf kepada DAP kerana perkara itu bersifat subjektif.

Oh, tuduhan itu rupa-rupanya, tapi benarkah begitu?

Tuduhan itu objektif. Pihak yang diwakili pengerusi majlis ceramah itu berkata bahawa DAP ‘kafir harbi’! Dia tidak berselindung di sebalik frasa dan klausa lain.

Kenapa PN tidak perlu memohon maaf? Adakah itu bukan kesalahan atau tuduhan itu telah disalut dengan ‘dalil’ bahawa itu permasalahan subjektif?

Sekiranya tuduhan itu bukannya suatu kesalahan, kenapa perlu pengerusi majlis itu digantung tugas tiga hari? Bukankah apabila hukuman dijatuhkan – walaupun sejam, dua jam, atau sehari, itu tetap hukuman; tanda bahawa kesalahan telah dilakukan?

Itulah Annuar Musa – politikus yang selalu berbolak-balik; dahulu menunggang bangsa sahaja, kini menunggang bangsa dan agama!

Hukum agama kini seolah-olah di tangan dia – Pas tidak perlu memohon maaf kepada DAP kerana itu luahan peribadi ahli parti; bukannya mewakili pandangan parti.

Annuar, dengar sini – seesebuah parti ibarat ayah atau ketua keluarga. Ahli parti pula ibarat anak atau ahli keluarga. Apabila anak atau ahli keluarga berbuat jahat kepada jiran, bolehkah ayah atau ketua keluarga kata tidak perlu mohon maaf?

Seseorang ayah atau ketua keluarga yang bertegas ‘tidak perlu memohon maaf’ dalam isu sedemikian sebenarnya lebih teruk dan lebih jahat daripada anak atau ahli keluarga.

Adakah Annuar Musa ada agenda lain – menggalakan situasi itu terus berlaku di pentas ceramah PN, dan kalaupun ada tindakan, hukumannya gantung tugas tiga hari, tak perlu berasa bersalah, tak perlu malu kepada Allah dan Rasul-Nya?

Begitukah, Annuar Musa?

Bagi sesiapa yang mengenali Annuar Musa, itulah cara dia berpolitik semenjak sekian lama. Yang terbaharu pula dalam isu harga pakaian ‘berjenama’ yang diperagakannya ketika ‘menyantuni’ masyarakat Orang Asli di Nenggiri.

Dia melarang orang menyibuk hal dirinya, tetapi adakah dia langsung tidak menyibuk hal individu tertentu pihak lawan?

Demikianlah Annuar Musa, dan sikapnya itu lebih kurang sama sahaja dengan sikap pemimpin Pas yang lain – oportunis, ego, pantang mengaku kesilapan, berdolak-dalik, dan sewenang-wenangnya mencerca lawan.

Kerana itulah kita perhatikan penyokong pembangkang begitu celopar dalam banyak ruang termasuklah dalam media sosial.

Penyokong PN dengan berani dan yakinnya mengatakan bahawa penyokong Kerajaan Perpaduan golongan melawan Allah dan Rasul-Nya.

PN sedang mementas sebuah drama politik dengan skrip yang sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan parti.

Pemimpin menabur ‘contoh’ , penyokong ‘memanjangkan’ pengajaran yang diperoleh itu ke seluruh ceruk rantau.

‘Hebat dan ganas’ betul mereka!

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK