Nenggiri: DAP talian hayat Perikatan Nasional

SEOLAH-OLAH semuanya dirancang secara bersilang. Di pentas ceramah Perikatan Nasional (PN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, seorang pengerusi majlis melabel Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai ‘kafir harbi’ .

Dalam satu ceramah PN pula, Timbalan Presiden Pas – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa DAP tidak setia kawan apabila belum lagi turun gelanggang sepanjang tempoh berkempen.

Nampak benar DAP dibuli dan dikambinghitamkan oleh pihak yang mengaku memperjuangkan Islam; seolah-olah parti yang dianggotai pelbagai bangsa dan agama itu menjadi talian hayat mereka.

Terdesak sangatkah PN sehingga sanggup bertindak di luar sempadan ajaran agama; bersikap tidak rasional; melanggar cara hidup Pesuruh Allah – Nabi Muhammad SAW?

Pada suatu ketika, PN mendakwa tindakan pengerusi majlis ceramah gabungan parti itu melabelkan DAP sebagai ‘kafir harbi’ sebagai pandangan peribadi; bukannya suara hati atau pandangan gabungan parti dalam PN.

Kalaulah itu benar tidak direstui PN, ada satu kemusykilan yang wajib ditimbulkan iaitu kenapa pula ada konteks yang rapat perbuatan pengerusi majlis ceramah itu dengan kata-kata Tuan Ibrahim ke atas DAP?

Sikap batu api Tuan Ibrahim itu bukannya bersikap cakap-cakap bisik sebaliknya sudah dilaporkan oleh kebanyakan media arus perdana di negara ini pada 8 Ogos lalu.

Berita Harian melaporkan kelicikan Tuan Ibrahim dengan judul ‘PKR Nenggiri: Pas ajak DAP turun bantu BN’ ; Utusan Malaysia – ‘PRK Nenggiri: Pas ajak DAP turun bantu kempen BN’ ; Sinar Harian – ‘Pas persoal DAP tidak bantu kempen BN di Nenggiri’ .

Beberapa media lain turut melaporkan sikap batu api Tuan Ibrahim yang pada 1990-an dulu kerap muncul dalam program agama Radio Televisen Malaysia (RTM) saluran TV1 malam Jumaat dan menganjurkan umat Islam bersikap budiman dalam kehidupan.

Ke mana hilangnya semua saranan baik anda, Tuan Ibrahim? Adakah sekarang anda seronok membatu api begini?

Tuan Ibrahim, tolong jawab ini – seronok dan sejahterakah anda hidup begini; membuli pihak lawan atas perkara yang tidak benar?

Baguskah begitu, Tuan Ibrahim – menunjukkan adab yang tidak selari dengan ajaran Islam yang maha suci?

Kepada para pengundi di Nenggiri, masihkah tuan-tuan dan puan-puan terus mahu menjadi ‘pelanggan’ kepada ahli politik dan parti yang sedemikian sifat dan keperibadiannya?

Sudah tentu, tidak, bukan?

Berubahlah demi membudayakan akal budi yang tinggi! Selaras ajaran Islam!

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK